Anugerah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah Ke-28 Berlangsung Oktober

Sejumlah RM115 ribu hadiah wang tunai menanti para pemenang Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-28 Tahun 2013.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Datuk Wences Anggang berkata tahun ini, KPTNS yang bertemakan ‘Sabah dalam Pandangan Saya’ dan ‘Kehidupan di Daerah Saya’, diadakan dalam dua peringkat untuk menggalakkan lebih ramai peserta dan mencungkil bakat-bakat muda.

Semua hasil karya terpilih di peringkat bahagian akan dibawa dan dinilai di peringkat negeri untuk ditonjolkan sebagai Anugerah KPTNS 2013. Ia dijadual berlangsung 1 Oktober, sempena Hari Ulang Tahun Yang DiPertua Negeri Sabah.

Pertandingan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori A – Sekolah Menengah Rendah iaitu bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3; dan Kategori B – Sekolah Menengah Atas untuk pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6, manakala Katagori C adalah terbuka.

Datuk Wences berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah KPTNS Bahagian Pantai Barat Selatan di Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah di Kota Kinabalu.

Tahun ini, sebanyak 400-penyertaan diterima melibatkan Bahagian Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Bawah, Pedalaman Atas, Tawau dan Sandakan.

Leave a reply

     

Majun Burung Unta |Berbahaya
Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional melayu 'Majun Burung Unta' yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi dexamethasone iaitu [baca]
UMS Bakal Menjadi IPTA Pertama Miliki Padang Rumput Tiruan Bertaraf Antarabangsa
Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjadi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama yang mempunyai padang rumput tiruan bertaraf antarabangsa. Perkara itu diumumkan Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan UMS 2014 [baca]
Debat Politik Bertukar Ganas
Sebuah rancangan debat politik bertukar ganas di sebuah rancangan televisyen di Jordan apabila salah seorang panel membaling botol air kepada panel [baca]

Hit Counter provided by Curio cabinets