Gempa Bumi Di Sabah | 11 Jun 2016 – Ranau

Gempa Bumi Di Sabah | 11 Jun 2016 – Ranau

Satu gempa bumi lemah telah berlaku pada 11 Jun 2016, Sabtu iaitu pada 5.18 pagi

Gempa bumi bermagnitud 2.3 pada kedalaman 4 km itu berlaku 11 km Barat , Ranau, Sabah
Pusat gempa itu terletak di 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur.
Pusat gempa yang sama bagi kejadian gempa yang lalu.

Gegaran itu dirasai di sekitar kawasan Kundasang dan Ranau
Tiada ancaman Tanah runtuh dimaklumkan.

Gempa bumi di Ranau sebelum ini dilaporkan berlaku pada 14 Mei 2016 yang lalu dengan kekuatan gempa 3.6, pada kedalaman. Ianya berlaku pada 11.59 pagi.

Laporan kejadian gempa bumi kuat dilaporkan berlaku pada bulan Jun setakat ini berlaku di Utara Laut Maluku, terletak di 114km Barat Laut Ternate,Indonesia. 953km Tenggara Semporna,Sabah, dengan kekuatan gempa sekuat 6.7 skala richter.

Rekod Gempa Bumi Di Sabah bagi bulan MAC 2016 sehingga MEI 2016

1.3.2016 (5.04 petang) – 16 km Barat Daya, LAHAD DATU , 3.5 Skala Richter
4.3.2016 (8.43 pagi)      – 35 km Tenggara , LAHAD DATU , 3.5 Skala Richter
17.3.2016 (7.01 malam)- 11 km Barat, RANAU , 2.7 Skala Richter
1.4.2016 (8.05 malam) – 11 km Barat, RANAU, 3.0 Skala Richter
16.4.2016 (7.21 pagi) – 11 km Barat, RANAU, 3.0 Skala Richter
30.4.2016 (11.39 malam) – 11 km  Barat, RANAU, 2.6 Skala Richter
14.5.2016 (11.59 pagi) – 25 km Barat Laut, Ranau, 3.6 Skala Richter

Gempa Bumi Ranau Sabah Jun 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *