Gempa Bumi Di Sabah | 26 Ogos 2016 – Ranau

Gempa Bumi Di Sabah | 26 Ogos 2016 – Ranau

Satu gempa bumi lemah telah berlaku pada 26 Ogos 2016, Jumaat iaitu pada 9.39 pagi

Gempa bumi bermagnitud  4.0 pada kedalaman 10 km itu berlaku 16 km Barat Laut , Ranau, Sabah
Pusat gempa itu terletak di 6.05 darjah Utara dan 116.59 darjah Timur.
Pusat gempa yang sama bagi kejadian gempa yang lalu.

Gegaran itu dirasai di sekitar kawasan Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Tuaran & Penampang
Tiada ancaman Tanah runtuh dimaklumkan.

Ini merupakan gempa bumi yang ke EMPAT dilaporkan bagi bulan Ogos 2016.
Termasuk kejadian gempa bumi sebelum ini yang berlaku di Kudat pada 16.8.2016 yang lalu dengan kekuatan 3.5 Skala Richter.

Ia adalah gempa susulan paling tinggi setakat ini daripada 140 gegaran susulan melanda Ranau selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada 5 Jun tahun lalu.

Laporan kejadian gempa bumi kuat dilaporkan berlaku pada tarikh yang sama (26.8.2016) setakat ini berlaku di Tenggara Honshu, Jepun, 456km Tenggara Hamamatsu, Jepun. 3423km Timur Laut Pitas, Sabah.
dengan kekuatan gempa sekuat 6.0 skala richter.

 

Rekod Gempa Bumi Di Sabah bagi bulan MAC 2016 sehingga OGOS 2016

1.3.2016 (5.04 petang) – 16 km Barat Daya, LAHAD DATU , 3.5 Skala Richter
4.3.2016 (8.43 pagi)      – 35 km Tenggara , LAHAD DATU , 3.5 Skala Richter
17.3.2016 (7.01 malam)- 11 km Barat, RANAU , 2.7 Skala Richter
1.4.2016 (8.05 malam) – 11 km Barat, RANAU, 3.0 Skala Richter
16.4.2016 (7.21 pagi) – 11 km Barat, RANAU, 3.0 Skala Richter
30.4.2016 (11.39 malam) – 11 km  Barat, RANAU, 2.6 Skala Richter
14.5.2016 (11.59 pagi) – 25 km Barat Laut, Ranau, 3.6 Skala Richter
11.6.2016 (5.18 pagi) – 11 km Barat, Ranau, 2.3 Skala Richter
2.8.2016 (9.51 pagi) – 16 km Barat Daya Ranau, 2.5 Skala Richter
5.8.2016 (6.30 petang) – 11km Barat Ranau Sabah, 3.0 Skala Richter
16.8.2016 (7.57 Malam)- 16km Timur Laut Kudat, 3.5 Skala Richter

GEMPA-BUMI-2016-RANAU-ogos

GEMPA BUMI DI ITALI | KORBAN MENINGKAT 247 ORANG

Angka korban akibat gempa bumi kuat di tengah Itali meningkat kepada sekurang-kurangnya 247 orang sehingga awal hari ini selepas pasukan penyelamat bertungkus lumus sepanjang malam mencari mangsa masih hidup di bawah runtuhan bangunan.

Gempa bumi 6.2 magnitud yang melanda perkampungan di kawasan pergunungan, terletak kira-kira 140 kilometer dari timur Rome, awal pagi semalam ketika penduduk sedang tidur menyebabkan ratusan rumah musnah.

Jabatan Perlindungan Awam menyatakan, angka kematian dilaporkan meningkat kepada 247 orang berbanding dikeluarkan semalam seramai 159 orang.

Pihak berkuasa berkata, mereka menjangka angka kematian mungkin meningkat ketika operasi menyelamat masih diteruskan.

Trak penuh dengan runtuhan bangunan meninggalkan kawasan terjejas setiap minit termasuk satu dilihat meletakkan patung mainan berdebu di atas bertan-tan serpihan runtuhan.

Sementara itu, ratusan gempa bumi susulan masih berlaku di kawasan terjejas sejak gempa bumi berlaku itu.

Hari ini, penduduk yang ketakutan dilihat tidur dalam kereta atau khemah dengan gegaran masih dirasai.
Dua gempa susulan 5.1 dan 5.4 magnitud dicatatkan berlaku sebelum awal pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *