Gerhana Bulan Penumbra | Musytari Jelas Dan Terang

GERHANA-PENUMBRA
Anda berminat dan suka menyaksikan bulan dan bintang ? Penggemar dunia Astronomi di Sabah berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra pada 23 Mac 2016 (Rabu).

Balai Cerap Sabah Stargazers akan menganjurkan program menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra di pekarangan Surau Al-Azim, Kg Sri Tanjung, Pengalat Kecil, Papar bermula 7.00 malam hingga 10.00 malam. Program percuma ini akan memberi peluang kepada orang ramai melihat gerhana menggunakan teleskop dan juga melalui paparan televisyen yang disediakan.

Di Sabah, gerhana akan bermula pada 5.39 petang dan berakhir pada 9.55 malam. Oleh sebab Bulan hanya akan mula terbit pada 6.21 petang kita akan terlepas menyaksikan proses awal gerhana tersebut.

Gerhana Bulan Penumbra ini merupakan yang pertama tahun ini dan boleh disaksikan semula pada September nanti.

Yang menariknya, semasa gerhana berlaku, kita akan dapat melihat saiz Bulan adalah lebih kecil berbanding diameter purata Bulan biasa kerana gerhana berlaku dua hari sebelum fenomena Apogee iaitu jarak Bulan berada pada kedudukan paling jauh iaitu 406,667 km dari Bumi.

Untuk info dan Pertanyaan lanjut mengenai Persatuan Pencerap Bintang Sabah dan Balai Cerap Sabah Stargazer, anda bolehlah menghubungi
Encik Muhd Luqmanul Hakim – 014-850.7261

GERHANA-PENUMBRA2

PELUANG UNTUK MELIHAT PLANET MUSYTARI

Orang ramai juga dapat melihat planet Musytari (Jupiter) dengan lebih jelas dan terang kerana kedudukannya yang hampir dengan Bulan,

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Lau Chen Chen berkata, 77.5% daripada permukaan Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum berlaku.

Kenampakan Gerhana Bulan Penumbra berkemungkinan kurang ketara kejelasannya jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra Bumi adalah lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan bayang-bayang umbra Bumi yang lebih gelap.

Untuk melihat gerhana, orang ramai perlu menghadap ke arah timur dan bagi melihat keadaan gerhana dengan lebih jelas, orang ramai boleh menggunakan peralatan binokular atau teleskop.

~KK

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *