Harga Minyak Mei 2016 | Kekal Tidak Berubah

Harga Minyak Mei 2016

Harga Petrol Dan Diesel Di Malaysia Bagi Bulan MEI 2016 telah dimaklumkan.

Harga Minyak  Mei 2016 mengikut kategori, semua harga dikekalkan :-

RON 95 adalah RM 1.70, KEKAL seperti harga pada April 2016

RON 97 adalah RM 2.05, KEKAL seperti harga pada April 2016

DIESEL adalah RM 1.55, KEKAL seperti harga pada April 2016.

Harga Minyak Bagi Bulan Jun  2016 akan dimaklumkan pada penghujung Mei 2016.

Di bawah adalah perbandingan harga Petrol dan Diesel daripada bulan Mac sehingga Mei 2016.

Harga Minyak Mei 2016

KK (KhabarKinabalu) berharap agar harga minyak kita akan terus menurun dan Ringgit Malaysia kembali mengukuh agar dapat membantu sektor ekonomi untuk turut berkembang.

Orang ramai mengambil sikap tunggu dan lihat serta kurang berbelanja, mengakibatkan aliran wang kurang lancar serta memberikan kesan kepada peniaga dan usahawan industri kecil.

Artikel petikan dari Sinarharian – Malaysia perlu ikut trend harga minyak dunia

HARGA MINYAK TURUN AKAN MERANCAKKAN EKONOMI NEGARA

Kecergasan ekonomi negara boleh ditingkatkan jika berlaku penurunan harga minyak di Malaysia mengikut trend harga minyak dunia.

Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata, kaedah penurunan itu mampu membantu menambah pendapatan negara daripada terus bergantung kepada pendapatan petroleum yang semakin menurun.

“Apa yang berlaku sekarang harga minyak di stesen minyak tidak ikut harga pasaran minyak dunia. Minyak dunia turun mendadak, tetapi kita turun sikit saja tidak ikut harga dunia.

“Penurunan minyak dunia tidak sampai kepada pasaran atau sektor dalam negara seperti pengangkutan, industri, pertanian dan pembinaan. Jika harga minyak negara turun, sudah pasti merancakkan kembali ekonomi negara,” katanya.

Katanya, penurunan harga minyak merendahkan kos operasi bagi sektor bergantung kepada minyak.

“Dengan kata lain, syarikat dari negara luar akan datang melabur kerana kos operasi rendah. Pasti negara luar eksport barangan Malaysia keluar disebabkan harga rendah berbanding negara lain,” katanya.

Menurutnya, penurunan kos operasi dan pembuatan akan mempengaruhi harga barangan semasa.

“Maksudnya, bila harga minyak negara turun, kos operasi rendah dan kos pembuatan rendah, pastinya harga barang itu akan turun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *