Jambatan Labuan – Sabah | Jambatan Pesisir Pantai Mungkin Menjadi Alternatif

Sebuah jambatan pesisir pantai berkemungkinan menjadi alternatif kepada cadangan awal pembinaan jambatan utama menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah, yang melibatkan kos yang besar.

Jambatan itu yang dicadangkan dibina dari Mempakul, Menumbok, Sabah ke Tanjung Aru, Labuan akan merentasi jarak kira-kira enam kilometer berbanding 11.3km dari Labuan ke Jeti Menumbok.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Bernama Isnin, projek hasil inisiatif pembiayaan swasta itu tidak melibatkan peruntukan daripada kerajaan, kecuali membenarkan tempoh kontrak yang panjang untuk membolehkan pelabur memperoleh semula kos.

Jika menjadi kenyataan, Labuan akan mempunyai satu lagi bandar pilihan atau ‘bandar satelit’ di pinggir bandar ini, dan ini sebahagian daripada penyelesaian untuk menyuraikan kesesakan lalu-lintas.

“Sudah tentulah, akan ada limpahan ekonomi dalam lingkungan kawasan sekitarnya, dan inilah yang kami sedang teliti,” katanya.

Sepasukan pakar dari Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak bergabung tenaga dalam mengadakan kajian kebolehlaksanaan selama 11 bulan yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan tahun lepas.

Mereka mencadangkan bahawa laluan terbaik bagi pembinaan jambatan itu adalah dari Tanjung Aru di Labuan ke Mempakul, membabitkan kos antara RM3 bilion dan RM6 bilion.

Laluan itu tidak mengganggu laluan perkapalan dan perkhidmatan feri dari Menumbok ke Labuan, kata Tengku Adnan.

Sekiranya jambatan itu dibina, jalan raya di Labuan perlu dinaik taraf untuk memenuhi keperluan jumlah lalu-lintas yang semakin meningkat.

Pakar berkenaan turut menyatakan laluan alternatif lain adalah dari Pulau Daat ke Labuan sejauh 9.3km.

Cadangan projek itu, bagaimanapun, menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan kalangan perniagaan, yang berkata pembinaan jambatan itu akan mengakibatkan pulau ini kehilangan status bebas cukai, selain berpendapat cadangan itu kena pada masanya memandangkan pulau berkenaan kini ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi.

~bernama

Leave a reply

     

Majun Burung Unta |Berbahaya
Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional melayu 'Majun Burung Unta' yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi dexamethasone iaitu [baca]
UMS Bakal Menjadi IPTA Pertama Miliki Padang Rumput Tiruan Bertaraf Antarabangsa
Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjadi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama yang mempunyai padang rumput tiruan bertaraf antarabangsa. Perkara itu diumumkan Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan UMS 2014 [baca]
Debat Politik Bertukar Ganas
Sebuah rancangan debat politik bertukar ganas di sebuah rancangan televisyen di Jordan apabila salah seorang panel membaling botol air kepada panel [baca]

Hit Counter provided by Curio cabinets