Kursus Pembenihan Ikan Keli Afrika Di Sabah | Tahun 2016

Kursus Penternakan Ikan Keli Afrika Di Sabah

Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), sebuah agensi kerajaan negeri Sabah, akan menganjurkan kursus tiga hari asuhan dan penternakan ikan keli Afrika bermula 13 – 15 September 2016 ini di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) di Kampung Laya-Laya, Tuaran.

Kursus berkenaan antara lain bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berhubung asuhan benih dan penternakan ikan keli Afrika bagi menjadikan industri berkenaan berdaya saing dan serta mempunyai masa depan cerah untuk diceburi.

Antara Modul-Modul yang akan dipelajari oleh peserta adalah:-
Modul 1 : Pengenalan Kepada Penternakan Ikan Keli Afrika
Modul 2 : Pemeliharaan Dan Pemilihan Induk Ikan Keli Afrika
Modul 3 : Kaedah Penyediaan Makanan Semulajadi
Modul 4 : Pengenalan dan Pembenihan Aruhan Ikan Keli Afrika

Metodologi Kursus Pembenihan Ikan Keli Afrika ini merangkumi kuliah interaktif, perbincangan interaktif, kajian kes serta amali dan simulasi yang berkaitan sebagai pendedahan dan memudahkan peserta untuk lebih memahami cara dan kaedah sesuai dalam Pembenihan Ikan Keli Afrika.

Peserta juga akan diberikan pengetahuan dan kemahiran kepada asas pengurusan kewangan projek perikanan (berkaitan).

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi :
Ahzlinda Akian : 019 – 880 7980
Noor Sarinah Jamid : 016 – 585 2680

KURSUS INI DIKENAKAN BAYARAN YURAN

Kursus Penternakan Ikan Keli Afrika Di Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *