Sabah Berjaya Kutip 3 Mata | Leburkan Rekod Tanpa Kalah Pulau Pinang

sabah1-vs-pulau-pinang0

Sabah berjaya mengutip 3 mata berharga apabila meleburkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang di Stadium Likas pada 17 April 2015.

Gol tunggal perlawan dijaringkan pada minit ke 27 oleh Eamon Zayed.

Gol berpunca hasil gerakan Zuraindey yang melorongkan bola kepada Chianese seterusnya membuat hantaran lintang yang disempurnakan dengan baik oleh Zayed.
Permainan separuh masa pertama menyaksikan Sabah menyerang dengan agresif.

Minit ke-4, Sabah menyerang namun hantaran lintang Zayed hanya melintasi pintu gol Pulau Pinang.

Minit ke-7, Tandukan Faye hasil sepakan percuma Diouf  menerjah jaring tetapi pengadil mengarahkan untuk sepakan percuma berkenaan diambil semula.

Sepakan Diouf selepas itu juga berjaya ditanduk Hardy tetapi tinggi melintasi gawang.
Minit ke-10,  Pulau Pinang memiliki satu peluang hasil sepakan percuma di sebelah kiri tiang gol Sabah , cubaan tersebut berjaya dihalang penjaga gol Sabah, Fazli.
Minit ke-32, Shafuan hampir menambah jaringan namun cubaannya tersasar tinggi.

Beberapa peluang terhidang tetapi tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh pemain Badak.
Terdapat dua jaringan Sabah yang dibatalkan oleh Pengadil kerana off-side dan tendangan awal sebelum tiupan wisel.

Sabah Vs PUlauPInang-17April

Minit ke-56, Hardy berjaya menanduk masuk sepakan percuma Diouf namun ianya dibatalkan kerana pengadil belum meniup wisel. Diouf dilayangkan kad kuning.

Permainan pada separuh masa kedua pula agak seimbang dan saling berbalas serangan.
Pulau Pinang memilik beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan. Penjaga gawang Sabah, Fazli bertindak cemerlang mengawal kubu Sabah dari dibolosi.

Minit ke 64, Chianese dilayangkan kad kuning.
Minit ke 74, Ezaidy masuk menggantikan Chianese
Minit ke-88, gerakan menarik satu dua antara Leopold dengan Ezaidy, namun akhirnya cubaan Ezaidy tersasar
MInit ke-90. Leopold pula dilayangkan kad kuning.

Seramai lebih 15 ribu penyokong Sabah hadir menyaksikan perlawanan dan memberikan sokongan.

Melalui siarang langsung radio SabahFM, pendengar berpeluang mendengar sesi temubual bersama dengan lagenda bola sepak Malaysia yang berasal dari Sabah, Hassan Sani.

Berikut merupakan antara intipati tembual yang dibaut pada waktu rehat selepas separuh masa pertama.

“Aku harap pemain-pemain tidak putus asa”
“Kalau boleh untuk 2nd Half kita jaringkan gol”
“Peluang-peluang yang ada jangan sia-siakan”
“Kalau James Wong yang dapat bola macam tadi tu, mesti gol”
“Control dan jangan terburu-buru”
“Jangan kecewakan penoton yang ramai hadir pada malam ini”

“1st half kita menyerang lebih kurang 18 kali, tapi gol 1 kali”

“Kita main bola sebagai satu team, tidak kira siapa kasi jaring yang penting kita menang!”

“Semangat yang penting!”
“Disiplin yang penting!”

Semoga Sabah akan terus cemerlang dan berada di dalam kelompok teratas liga dan mengecapi kemenangan pada perlawan seterusnya agar dapat merampas takhta liga.

AMUK SANG BADAK. RADU SABAH RADU !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *