Sukan Mahasiswa Borneo Cungkil Bakat Dan Potensi Atlet

sukmab2014-SUKAN-MAHASISWA-BORNEO-2014-perasmian
Penganjuran kejohanan sukan peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Borneo mampu memberi ruang kepada pengenalpastian bakat-bakat berpotensi Borneo untuk diketengahkan dalam kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan memuji usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam pembangunan sukan di negeri ini.
Beliau berkata, kerjasama dan jaringan baik antara kementeriannya dengan UMS merupakan antara faktor yang membolehkan sesuatu kejohanan digalas dengan baik di negeri ini.
“Tanpa adanya kerjasama yang kukuh antara kedua belah pihak, penganjuran sukan di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa tidak akan dapat dikelolakan dengan baik dan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Mahasiswa Borneo (SUKMAB) ke-3 di Dewan Canselor UMS.
Menyentuh mengenai sukan tersebut beliau berharap agar usaha murni seumpama itu dapat diteruskan dan diperkembangkan demi memartabatkan sukan di kepulauan Borneo.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, penganjurannya merupakan satu usaha yang tepat bagi memberi peluang yang sama rata kepada semua mahasiswa yang menuntut di IPT Borneo untuk bersaing sesama sendiri seperti yang diadakan di Semenanjung Malaysia.
atlet-sukan-mahasiswa-borneo-2014
“Di samping itu, penganjurannya juga memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengelolakan kejohanan yang besar dan melibatkan pelbagai IPT,” katanya dalam ucapan aluan pada majlis perasmian Kejohanan Sukan Mahasiswa Borneo (SUKMAB) ke-3.
Tambahnya, ilmu dan pendedahan yang diperolehi ini amat bermakna dalam membentuk keperibadian diri mahasiswa apabila bergelar graduan kelak.
Dalam edisi SUKMAB kali ini, sebanyak tujuh acara sukan dipertandingkan iaitu futsal, bola tampar, sepak takraw, bola tampar pantai, ping pong, catur dan petanque.
Sebanyak 27 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta sekitar Borneo termasuk Brunei dan Kalimantan menyertai SUKMAB  yang berlangsung sehingga 22 Ogos ini.
~re/ss/ums
sukmab2014-SUKAN-MAHASISWA-BORNEO-2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *