Jonathan | Berlayar Mengelilingi Dunia Dengan Bot Buatan Sendiri - Khabar Kinabalu

Terkini

Sunday 11 June 2017

Jonathan | Berlayar Mengelilingi Dunia Dengan Bot Buatan Sendiri


Anda meminati kisah pelayaran di lautan luas? Ini dia hero anda !

JONATHAN SELBY, dalam misinya mengelilingi dunia secara solo dengan berlayar menggunakan bot rumah rakit buatan sendiri kini singgah di Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau yang berusia 70 tahun berasal dari Pennysylvania, Amerika Syarikat.

Dengan berbekalkan ilmu sebagai jurutera mekanikal selama 15 tahun di Amerika Syarikat, warga emas itu menjadikan sebuah bot sepanjang kira-kira dua meter sebagai rumahnya dan telah mula berlayar pada tahun 2014
"Jika ditanya apa kepuasan saya dapat dengan berlayar seperti ini... jawapan saya adalah dapat menimba pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang tunai.
Jonathan tiba di negeri ini melalui perairan Pulau Banggi, Kudat sejak dua minggu lalu dan kini singgah sementara di jambatan berhampiran bulatan Kingfisgher di Kota Kinabalu.

DIACUKAN SENAPANG DI TENGAH LAUT

"Dalam perjalanan saya dari Kudat ke Kota Kinabalu, saya telah dipintas oleh pihak berkuasa, mereka mengacukan senjata kepada saya!"

"Saya terkejut... tetapi mereka melakukan prosedur pemeriksaan dokumen dan akhirnya semuanya selesai dengan baik. Mereka juga berkesempatan untuk mengamnil gambar bersama saya"

Menurut Jonathan, dia tidak tahu tentang kawalan ketat di perairan Kudat di bawah ESSZONE.

Apabila ditanya tentang berapa lama beliau akan berada di Sabah, Jonathan berkata beliau mungkin akan berada di Sabah sehingga minggu hadapan.
"Adalah sesuatu yang menakjubkan bagaimana saya dapat mengharungi lautan terutamanya apabila cuaca teruk, tetapi semuanya itu atas kuasa tuhan"
"Saya akan terus berlayar dengan tulang empat kerat ini dan impian saya adalah menuju ke perairan Mediterranean dan kembali ke Amerika Syarikat" 

No comments:

Post a Comment