Bantuan PPRT 2020 | Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Tanah Dibenarkan Atau Baik Pulih Rumah - Khabar Kinabalu

Terkini

Saturday, 18 January 2020

Bantuan PPRT 2020 | Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Tanah Dibenarkan Atau Baik Pulih Rumah

Melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), kini mereka yang kurang berkemampuan boleh untuk memiliki rumah sendiri di bawah projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Konsep yang diketengahkan melalui program ini adalah menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan pemohon memiliki rumah yang selamat dan selesa untuk mereka tinggal. Ianya bagi memenuhi objektif PPRT iaitu,meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga 

Melalui PPRT ini juga kerajaan akan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah. Pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain atau milik kerajaan juga boleh mendapat manfaat dengan membuat surat bertulis. 




  SKOP 
BANTUAN PPRT

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.

 Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

a. Bina Baharu
Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

b. Baik Pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
Penyelenggaraan; Penambahbaikan; dan Requisition;

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah. (Sila rujuk senarai yang dibenarkan).

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.




  KUMPULAN SASAR PENERIMA PPRT


-Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

-Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

-disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau

- diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau

-diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau

-diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian


Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:


- tidak mempunyai rumah;
- rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
- tidak ekonomik untuk dibaiki;
- memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
- pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran Muat Turun Di Bawah).



Syarat bantuan Baik Pulih:

-Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.

-Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.


KEUTAMAAN PERMOHONAN BANTUAN PPRT

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
  • warga emas;
  • orang kurang upaya (OKU);
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang ditetapkan

    SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN BORANG 
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PPRT

MUAT TURUN BORANG KEBENARAN GUNA TANAH


BAGI PERTANYAAN LANJUT (SABAH)

Pengarah
Pejabat KPLB Negeri Sabah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP,
Jalan Karamunsing,
88100 Kota Kinabalu, SABAH


Tel :
088- 254 316 / 317
Faks : 088- 254 349



(SARAWAK)

Pengarah
Pejabat KPLB Negeri Sarawak, Tingkat 2 Blok Pentadbiran,
Kampus Infra Cawangan Sarawak,  Lot 8185, Blok 26,
Muara Tuang Land District, 94300 Kota Samarahan, SARAWAK
Tel : 082 258 813
Faks : 082 253 811


atau


Kementerian Pembangunan Luar Bandar
No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, Malaysia

Telefon : 03-8000 8000
Emel : info@rurallink.gov.my

NOTA PENTING : Bagi membantu permohonan anda berjalan lancar, sila mendaftar di bawah e-kasih

SELAMAT MEMOHON BAGI ANDA YANG LAYAK.

SAMPAI DAN SEBARKAN KEPADA KELUARGA, RAKAN DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN KEMUDAHAN PPRT INI.

75 comments:

  1. Kalau yg sudah berkahwin xda rmh,boleh memohon ka pprt,,layak ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang lain, pasti layak

      Delete
  2. Macam mana nak mohon.....kalau di Pendang Kedah kita nak jumpa sapa ya..nk tanya pasal rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi / rujuk

      Pengarah
      Pejabat KPLB Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang
      Tingkat 7, Wisma Persekutuan
      Jalan Kampung Baru
      05000 Alor Setar, KEDAH
      Tel : 04 7314957
      Faks : 04 7314956

      Delete

  3. Ibu Tunggal ank 3 blh mohon..tanah org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh memohon. Dengan syarat memenuhi syarat kelayakan yang lain. Jika atas tanah orang lain, perlu lengkapkan surat kebenaran menduduki tanah tersebut.

      Delete
    2. Ibu tunggal anak 1 boleh memohon ?

      Delete
  4. Rumah habis terbakar 2 dec 2019..
    Macam mana nak mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya memenuhi syarat kelaakan. Lengkapkan borang dan sila rujuk kepada pejabat Kem.Pemb.Luar Bandar yang berhampiran

      Delete
  5. Mangsa kebakaran boleh memohon kah rumah terbakar 20/11/2019 di Sandakan Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, sial lengkapkan borang dan rujuk kepada pejabat Kem.Pemb. Luar Bandar yang berhampiran.

      Pengarah
      Pejabat KPLB Negeri Sabah
      Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
      Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP,
      Jalan Karamunsing,
      88100 Kota Kinabalu, SABAH
      Tel : 088-254316/317
      Faks : 088-254349

      Delete
  6. Kalau macam saya sudah berkahwin, sekarang menunggu kelahiran ank ke 2, api masih lagi tinggai bersama keluarga, layak kah saya memohon? Macam mana nk dapat kn borang permohonan & ke mana hala tuju borang tersebut di ajukan? Bagaimana nk merujuk semua ni ya? Tolong beri tunjuk ajar. Ni no whatsup saya 0146834294

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah puan telah berdaftar dengan e-kasih? Adakah puan seorang ibu tunggal? Sekiranya mematuhi syarat , sila lengkapkan borang permohonan , muat turun melalui link diberikan dalam artikel (tekan / klik) . Kemudian rujuk Kem.Pemb.Luar Bandar Berhampiran

      Delete
    2. mcm saya suami ada daftar e kasih..tapi waktu isi borang di lampiran F BAHAGIAN C.
      (kriteria pemohon : tiada coloum untuk tanggungan ramai ) perluka sy tick coloum itu?

      email sy : linaajoee@gmail.com

      Delete
  7. selepas siap isi borang..borang tersebut perlu hantar ke pada siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah melengkapkan borang sila rujuk pejabat Kem.Pembangunan Luar Bandar yang berhampiran untuk tindakan lanjut

      Delete
  8. Mahu tanya bahgian sandakan di mana untuk memohon ekasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh merujuk kepada pejabat daerah atau Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) ICU JPM berhampiran

      Delete
  9. kalau tinggal di rumah mertua layak ka memohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya memenuhi lain-lain syarat kelayakan, anda boleh memohon

      Delete
  10. Kalau negeri kuala terengganu kt mana nk hantar borang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan/Puan boleh merujuk Pengarah
      Pejabat KPLB Negeri Terengganu
      No. 23, Tingkat 1, PT3158
      Pusat Niaga Paya Keladi, Jalan Paya Keladi
      20100 Kuala Terengganu, TERENGGANU
      Tel : 09 6305011/13
      Faks : 09 6305010

      Delete
  11. Assalam....boleh kah saya memohon untuk rumah pprt di kampung pergau matu Daro Sarawak...saya tidak ada tanah....anak masuk 4 orang....suami kerja kilang kayu je..saya hantar borang ni ke alamat pejabat yang tertera di Samarahan jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Adakah puan telah berdaftar dengan e-kasih? Jika belum, sila daftar untuk membantu permohonan agar lebih berjaya (untuk e kasih- sila rujuk Pejabat Daerah berdekatan atau Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) ICU JPM berhampiran) .
      Puan boleh memohon untuk membina rumah PPRT di atas tanah yang telah diberikan kebenaran (keluarga/lain).

      Delete
  12. Jika d kota kinabalu kita rujuk dengan siapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengarah
      Pejabat KPLB Negeri Sabah
      Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
      Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP,
      Jalan Karamunsing,
      88100 Kota Kinabalu, SABAH
      Tel : 088-254316/317
      Faks : 088-254349

      Delete
  13. Jika d kota kinabalu kita rujuk dengan siapa

    ReplyDelete
  14. Jika d kota kinabalu kita rujuk dengan siapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengarah
      Pejabat KPLB Negeri Sabah
      Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
      Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP,
      Jalan Karamunsing,
      88100 Kota Kinabalu, SABAH
      Tel : 088-254316/317
      Faks : 088-254349

      Delete
  15. Assalamualaikum,saya suda banyak kali buat permohonan dari tahun 2014 sejak rumah terbakar,tapi sampai sekarang tiada sebarang maklum balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sila rujuk (jika di Sabah)
      Pengarah
      Pejabat KPLB Negeri Sabah
      Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
      Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP,
      Jalan Karamunsing,
      88100 Kota Kinabalu, SABAH
      Tel : 088-254316/317
      Faks : 088-254349

      Delete
  16. Saya naomi mewakili bapa saya.. Tahun 2019 saya bersama bapa sudah memohon rumah pprt..tapi belum ada jawapan lagi ?.. Ada kah perlu memohon lagi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk status / perkembangan terkini melalui
      Pengarah
      Pejabat KPLB Negeri Sabah
      Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
      Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP,
      Jalan Karamunsing,
      88100 Kota Kinabalu, SABAH
      Tel : 088-254316/317
      Faks : 088-254349

      Adakah telah berdaftar dengan eKasih?

      Delete
  17. Kalau tanah ada 3 nama,,boleh ke memohon

    ReplyDelete
  18. Askum tanah name menatu bulih ke memohon buat rumah pprt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh sekiranya mendapat kebenaran dan mengisi borang Kebenaran Menduduki Tanah

      Delete
    2. salam tuan, kami boleh memohon tak pprt ne, kami ada tanah sendiri ada LA atas nama mama saya, dan apa document yang perlu saya lengkapkan. saya dari pitas sabah. tuan boleh terangkan dan sama siapa yang boleh buat urusan.

      Delete
  19. kalau tak berdaftar/layak dengan e-kasih dapat bantuan pprt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan mendaftar e-kasih ianya akan membantu .

      Jika tidak berdaftar eKasih, perlu kelulusan daripada kementerian / agensi berkaitan

      Delete
  20. boleh kah saya memohon PPRT tidak berdaftar dalam e kasih nama saya atau pun nama suami saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan berdaftar melalui e-kasih, puan/suami akan lebih mudah menerima sebarang bantuan dan kemudahan yang disediakan.

      Boleh memohon jika tidak berdaftar dengan eKasih, sekiranya mendapat kelulusan pihak kementerian atau agensi berkaitan

      Delete
  21. Dekat Sarawak mana tempat memohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk

      Pengarah
      Pejabat KPLB Negeri Sarawak, Tingkat 2 Blok Pentadbiran,
      Kampus Infra Cawangan Sarawak, Lot 8185, Blok 26,
      Muara Tuang Land District, 94300 Kota Samarahan, SARAWAK
      Tel : 082 258813
      Faks : 082 253811

      Delete
  22. Assalamualaikum.. sekiranya saya sekarang tinggal di rumah kongsi dengan keluarga. Dan ingin memiliki rumah sendiri tapi belum layak disebabkan gaji yang tidak mencukupi pihak bank tidak menerima dan tolak permohonan tersebut. Jadi sekarang saya betul-betul ingin ada rumah sendiri, sekarang tanah ada tapi keluarga yang punya. adakah saya boleh memohon menggunakan nama saya sendiri?? mohon pihak tuan memberi maklum balas kepada saya untuk soalan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      1. Adakah tuan telah berdaftar dengan e-Kasih? (sila rujuk Pejabat Daerah berdekatan, atau Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) ICU JPM berhampiran)

      2. Permohonan atas tanah keluarga dibenarkan sekiranya mengisi borang kebenaran menduduki tanah (muat turun borang di atas-link disediakan)

      3. Ya. Sila pohon guna nama sendiri

      Delete
  23. Mana nak dptkn borang permohonan rumah ni mnta tlg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang boleh dimuat turun melalui link dalam artikel di atas

      Delete
  24. Assalamualaikum tuan/puan. salam sejahtera. ketika ini saya tinggal di rumah apartment PPRT(sewa seumur hidup atas nama saya sendiri). saya jg tdk pernah memohon e-kasih. saya jg telah diberi kebenaran oleh mentua saya utk buat rumah sendiri di atas tanahnya(tanpa surat bertulis) dan kini,rumah itu blm siap sepenuhnya kerana masalah kewangan. jadi, pertanyaan saya, adakah saya layak utk memohon pprt ini tuan?

    ReplyDelete
  25. Slmat petang
    Klu sya ibu tunggal dgn anak 6,skrg ruma sya diami rumah abg,klu rumah itu dia buat semula mgikut spec rumah PPRt bole ke

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum min kalau daerah kota marudu macam mana saya mahu hantar borang saya ya?

    ReplyDelete
  27. Kalau bujang tak kahwin lgi bole pohon tak?

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum min daerah johor ade tak bantuan rumah PPRT?

    ReplyDelete
  29. Kalau tiada tanah sendiri bole kah guna tana kerajaan untuk aplay rumah pprt

    ReplyDelete
  30. apa klayakn mohon e kasih bru dpt mohon ni rumah pprt..sb da byk kli mohon asik kna tolak sj..gj kasar laki baru 1200

    ReplyDelete
  31. Lawas sarawak boleh apply kah?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum...sya tggl di sabah area kinabatangan saya sudah brapa kali memohon rumah PPRT klu tak silap dri tahun 2011 hingga lest tahun 2019 tp setiap permohonan saya tidak prernah di lulus kan sedang kan saya menumpang di rumah orang tua saya dan saya boleh di katakan sebagai ibu tunggal krana tak ada suami ank pn masih ada yg bersekolah,tahun 2019 mpkk kg ada maklum kan saya bahawa nama saya sdh ada dlm senarai mndapat rumah PPRT dn klu tak silap pada bulan 8 tu saya di maklum kn yang nama saya di cancel bila saya pergi pjabat untuk mendapat kepastian pembinaan rumah PPRT di bakukan buat semantara waktu tp yang pelik nya orang lain boleh pula dpat rumah PPRT sedang kn saya lagi dulu memohon,lagi satu bila kita dtg pjabat untuk cek permohonan tu pkrja pjabat cakap off line tp bila org lain yg di knal masuk dalam cek boleh plk kdang2 ramai pekerja dalam pejabat ni yg pilih kasih atau cuma org yg di knal saja di beri permohonan tu sdang kn orang yg lebih memerlukan langsung tak fi pndang...

    ReplyDelete
  33. kalau area kota marudu sabah dimana mahu hantar borang permohonan pprrt ni ???

    ReplyDelete
  34. Mt mlm,klu cm sy kerja kg shja,ank sudah 3 org,tetapi masih tingal dengan rumah ibu bapa,boleh kah memohon pprt ini..

    ReplyDelete
  35. saya tinggal di hulu selangor, selepas dah siap isikan borang tu, di mana saya harus serahkan borang tersebut

    ReplyDelete
  36. Ada tanah sendiri. Tapi tak ada geran. Tanah bekas pembinaan rumah bapa. Mcm mana nk mohon?

    ReplyDelete
  37. Bagaimana hendak memohon rumah dengan mngisi borang online? Sebabnya, tdak ada masa untuk pergi ke pejabat berdekatan. Maklumlah kerja company, tdak kerja, gaji kena potong.

    ReplyDelete
  38. kalau kat kelantan nk hantar kat mna borang

    ReplyDelete
  39. Hai,saya nak tanya,kalau sda ada port,boleh ke nak mohon baik pulih sebab pintu dah rosak ,

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum .nama sya nadzri innalul .sya tela kwin .dengan warga tempatn .bole ka sya memohon atas nma istri sya

    ReplyDelete
  41. Bagaimana hendak memohon rumah dengn mengisi borang secara online

    ReplyDelete
  42. Rumah yg sye duduk ni..kekudanye tiang kne makan ngn anai2..boleh ke mohon utk baik pulih

    ReplyDelete
  43. Saya 2x mohon dan dibatalkan dgn alasan bukan penduduk tetap. sedangkn sy tidak mempunyi rumah dn mmg penduduk tetap lokasi sebenar.pihak yg datang melawat memantautidak sampai ditempat sebenar..???

    ReplyDelete
  44. Assalammualaikum, ibu saya seorang ibu tunggal dan tidak mempunyai penapatan tetap serta merupakan pemohon E-kasih, kami sudah menghantar borang pemohonan dari tahun 2019 lagi, tapi keputusannya sampai sekrang tidak ada. Bagaimana ya tuan ?

    ReplyDelete
  45. Saya punya bapa mertua dah meninggal adakah mak mertua saya masih layak menerima bantuan ekasih?,dulu nama bantuan ekasih atas nama si mati

    ReplyDelete