Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Sabah | Bayaran Bulanan Bermula RM 300 Sahaja - Khabar Kinabalu

Terkini

Tuesday 24 November 2020

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Sabah | Bayaran Bulanan Bermula RM 300 Sahaja

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) | Bayaran Bulanan Bermula RM 300 Sahaja

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai mempunyai rumah atau tinggal tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarat Kelayakan Permohonan RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

-Warganegara Malaysia

-Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas

-Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan

-Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / tinggal di rumah usang

-Tanah bersesuaian dan bebas dari gadaian ke atasnya. Jika anda bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.

-Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (mengikut reka bentuk)

-Bagi pemohon dari Semenanjung, jika pemohon pertama berumur 42 tahun ke atas, pemohon kedua haruslah berumur 18-42 tahun.

-Bagi pemohon dari Sabah,Sarawak dan kawasan pulau, jika pemohon pertama 38 tahun maka pemohon kedua haruslah berumur antara 18-38 tahun.


Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Memohon

-Anda perlu menyediakan jalan masuk ke tapak & memastikan tapak pembinaan mengikut spesifikasi

-Anda perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.

-Anda perlu membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan

-Anda perlu membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan.


Cara Daftar RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
  1. Pergi ke portal rasmi SPNB 
    :https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Klik pada salah satu pautan "Pendaftaran Baru"
  3. Isikan Borang Pendaftaran Login dibawah dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID untuk sistem RMR ini.
  4. Pilihan negeri dan parlimen mestilah mengikut alamat tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat  nanti.
  5. Akhir sekali, klik butang "Daftar" untuk menghantar pendaftaran login.
  6. Satu email mengandungi butiran login dan kata laluan akan dihantar kepada email pendaftaran anda.
  7. Gunakan login ID dan kata laluan tersebut ketika log masuk laman utama Sistem Pendaftaran RMR.
  8. Selepas pendaftaran login, satu borang pra-pendaftaran akan dimuat turun. Sekiranya borang tersebut tidak dimuat turun secara automatik, klik pada pautan yang disediakan.
  9. Borang Pra-Pendaftaran tersebut mengandungi Surat Aku Janji Pemohon, Surat Akaun Pelepasan Tuan Tanah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar.
  10. Lengkapkan semua borang di atas dan imbas salinan ke bentuk (jpg,bmp dan lain-lain).
Cara Mohon RMR 
  1. Masuk semula ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Untuk log masuk ke dalam sistem, gunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebagai ID Pengguna.
  3. Gunakan pula kata laluan yang telah diemailkan(ks) kepada anda semasa pendaftaran login.
  4. Dah login anda boleh isi borang permohonan rumah mesra rakyat secara online terus.
  5. Untuk panduan pengguna lebih lanjut, boleh rujuk disini(ks) : https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR1M.pdf
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan 
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua/bersama
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  • Slip gaji terkini / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan(disahkan oleh ketua kampung, penghulu)
  • Surat akaun sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang. (disahkan oleh ketua kampung atau penghulu)
  • Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon (jika berkahwin)
  • Borang laporan tapak bergambar.

Untuk Sebarang Pertanyaan
SPNB CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03,
Vista Seri Melalin,
Jalan Kompleks Jkr Tuaran,
89208 Tuaran, Sabah.
Tel : 088-791610 / 088-791612


Pelan Rumah Mesra Rakyat di SABAH
Keluasan 750 Kaki Persegi


BUTIRAN LANJUT KOS DAN SEWA RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)




No comments:

Post a Comment