Polis Penampang Mencari Waris / Keluarga Mangsa Lemas - Khabar Kinabalu

Terkini

Wednesday 3 February 2021

Polis Penampang Mencari Waris / Keluarga Mangsa Lemas


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sedang menjejaki waris atau keluarga kepada mangsa lemas yang ditemukan orang awam pada 14 Januari lalu. 

Mangsa seorang lelaki ditemukan pada pukul 4.30 petang di Sungai Moyog, Kampung Tuavon, Penampang.

Dalam satu kenyataan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Haji Ibrahim memaklumkan, mangsa berusia 30-an dan ketika ditemukan memakai baju T-Shirt lengan panjang dan berseluar panjang hitam selain mempunyai tatu dibahagian lengan kanan berbentuk "Love" dengan tulisan "Aya" dan "Johan".

DSP Mohd Haris turut memberitu, mayat tersebut masih berada di Jabatan Foresnsik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu dan menunggu ahli keluarga tampil untuk menuntut.

Oleh yang demikian, beliau meminta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga mangsa dipohon segera menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohamediah Sani di talian : 019-8634811 atau IPD Penampang : 088-712222.

Sumber /Foto : Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Haji Ibrahim

No comments:

Post a Comment