Sabah Catat Kes Positif Dua Digit Selepas Lima Bulan - Khabar Kinabalu

Terkini

Monday 15 February 2021

Sabah Catat Kes Positif Dua Digit Selepas Lima Bulan


Sabah Catat Kes Positif Dua Digit Selepas Lima Bulan kes positif berada di tiga digit dan ke atas.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 97 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,429 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu di daerah Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 170 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 49,538 orang. Pada hari ini, sejumlah 964 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 387 orang di hospital, 573 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 62 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Daerah Sipitang dan Kudat berubah dari zon merah ke zon jingga. Manakala daerah Beaufort bertukar dari zon jingga ke zon kuning.
Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.
Daripada 97 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 52 kes (53.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 14 kes (14.4%), saringan kluster sedia ada 26 kes (26.8%), pra kemasukan wad / rawatan tiga (3) kes (3.1%) dan dua (2) kes (2.1%) adalah dari lain-lain kategori.
Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,061 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,935 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,996 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 16.06%.
Pada hari ini, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) SMK Abdul Rahim Kudat telah bertukar fungsi menjadi pusat kuarantin di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kudat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

No comments:

Post a Comment