Kemudahan Program Rumah Bina Negara Untuk Golongan Belia Luar Bandar - Khabar Kinabalu

Terkini

Tuesday 24 October 2017

Kemudahan Program Rumah Bina Negara Untuk Golongan Belia Luar Bandar

Program Rumah Bina Negara merupakan program perumahan mampu milik kepada golongan belia di kawasan luar bandar khususnya generasi kedua peserta di tanah-tanah rancangan agens di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) seperti FELCRA berhad dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)


Program Rumah Bina Negara menerapkan elemen subsidi Kerajaan kepada rakyat, khususnya golongan belia di luar bandar bagi mendapat akses kepada perumahan pada kadar harga yang mampu dimiliki.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON RUMAH BINA NEGARA

Antara syarat-syarat kelayakan bagi memohon Rumah Bina Negara di bawah adalah:
i) Warganegara Malaysia berumur 18 – 45 tahun.
ii) Berkeluarga (telah berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan).
iii) Belum memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah yang usang / daif.
iv) Berpendapatan tetap atau tidak tetap (golongan B40) dengan berkelayakan untuk membuat pinjaman daripada institusi perbankan (perlu disokong dengan dokumen-dokumen berkaitan).
v) Pemohon bermastautin di kawasan yang dimohon.
vi) Pemohon untuk Rumah BN FELCRA Berhad mestilah merupakan anak peserta (generasi kedua) dari kalangan peserta yang ibu bapanya adalah peserta di penempatan FELCRA Berhad berkenaan serta berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
vii) Pemohon untuk Rumah BN RISDA, pemohon mestilah merupakan generasi kedua pekebun kecil RISDA yang memiliki tanah bersesuaian, tiada sekatan untuk tujuan pembinaan dan bebas daripada sebarang cagaran, sekatan atau telah dikaveatkan untuk tujuan lain. Pemilik tanah tersebut juga perlu bersetuju untuk mengkaveatkan tanah tersebut.



HARGA SEUNIT RUMAH BINA NEGARA
Harga yang ditawarkan bagi pembinaan Rumah BN RISDA adalah RM45,000 di mana harga asal adalah sebanyak RM65,000 dan diberi subsidi oleh Kerajaan sebanyak RM20,000. Harga bagi Rumah BN FELCRA Berhad akan diumumkan nanti.

CARA UNTUK MEMOHON DAN MEMILIKI RUMAH BINA NEGARA

Bagi Rumah Bina Negara RISDA , Generasi Kedua Pekebun Kecil boleh memohon dengan menggunakan borang permohonan Rumah BN 1 yang boleh didapati di semua Pejabat RISDA Negeri dan Pejabat RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian seluruh Malaysia secara percuma. Permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun sehingga tahun 2020.

Borang -Borang RUMAH BINA NEGARA RISDA
Sila klik pada tajuk borang untuk paparkan dan muat turun borang.
1.
2.
3.
4.
5.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Rumah Bina Negara (Rumah BN) RISDA, sila layari

Bagi Rumah Bina Negara FELCRA Berhad, kaedah permohonan Rumah BN adalah sepertimana di bawah;

i) Pemohon perlu memperlengkapkan borang permohonan pembelian rumah yang akan diedarkan kepada Generasi Kedua di kawasan lokasi cadangan untuk dibina rumah BN.

ii) Pemohon akan dijemput untuk menghadiri temuduga untuk mengenal pasti calon-calon pembeli yang berpotensi dan memenuhi kelayakan asas.

iii) Pemohon akan disenarai pendek, dan akan menghadiri sesi khas bersama institusi perbankan (sekiranya berminat memperolehi pembiayaan dari institusi bank).

iv) Pihak bank akan mengemukakan kepada Jawatankuasa PembangunanPerumahan Bina Negara peringkat Wilayah FELCRA Berhad senarai calon yang berpontensi untuk dipertimbangkan pembiayaan dengan pihak bank.

v) Jawatankuasa Perumahan akan memilih senarai calon yang berpotensi berdasarkan kuota seorang wakil Generasi Kedua bagi setiap keluarga peserta sahaja.

vi) Calon pembeli berpotensi yang telah disenarai pendek boleh juga memilih untuk membiayai pembelian rumah secara ‘tunai’ atau ‘Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)


Borang -Borang RUMAH BINA NEGARA FELCRA
Sila klik pada tajuk borang untuk paparkan dan muat turun borang.
  1.PELUANG DAN TAWARAN UNTUK MEMILIKI RUMAH BINA NEGARA
2.BORANG PERMOHONAN RUMAH BINA NEGARA FELCRA 

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Rumah Bina Negara (Rumah BN) FELCRA, sila layari

TEMPOH MASA SIAP RUMAH BINA NEGARA

Bagi pembinaan Rumah BN Generasi Kedua Pekebun Kecil RISDA, tempoh pembinaan rumah sesebuah adalah di antara 3 – 6 bulan.

Tempoh pembinaan Rumah BN Generasi Kedua FELCRA Berhad secara berkelompok adalah di antara 24 - 36 bulan. Tempoh masa ini mengambil kira kelulusan Kebenaran Merancang, kerja tanah dan kerja pembinaan infrastruktur.



-

-
LOKASI RUMAH BINA NEGARA YANG AKAN DIBINA

RISDA akan membina Rumah Bina Negara kepada Generasi Kedua Pekebun Kecil di atas tanah milik sendiri atau keluarga (dengan kebenaran) berdasarkan permintaan di seluruh negara.

Pembinaan rumah Bina Negara untuk Generasi Kedua peserta FELCRA Berhad adalah di lokasi berhampiran dengan lokasi rumah ibu bapa mereka menetap. 
Keseluruhan lokasi tersebut adalah berdekatan dengan ladang-ladang yang telah
dimajukan oleh FELCRA Berhad.

INFO LANJUT

Rumah Bina Negara Diwujudkan bertujuan:-


1. Untuk memastikan golongan belia khususnya generasi kedua peserta dan generasi kedua di kampung-kampung tradisional yang tergolong di dalam kumpulan B40 mampu memiliki rumah pada harga yang berpatutan.

2. Sebagai dorongan untuk memastikan golongan belia meneruskan agenda pembangunan luar bandar.
3. Mengelakkan pengaliran tenaga kerja produktif dan kepakaran golongan belia ke bandar.

4. Supaya golongan generasi kedua mewarisi usaha yang telah dimajukan oleh generasi pertama dan menjadi pemimpin masa hadapan di luar bandar.
5. Mengurangkan kadar kemiskinan dan masalah sosial di bandar kesan daripada penghijrahan belia yang berpendapatan rendah dari luar bandar ke bandar.

6. Meningkatkan kualiti hidup kumpulan B40 di kawasan luar bandar
7. Memacu kepesatan pembangunan kawasan luar bandar

Terdapat dua kaedah pelaksanaan Rumah Bina Negara iaitu pembinaan rumah jenis sesebuah pada harga subsidi di atas tanah milik individu atau pembinaan rumah secara berkelompok di kawasan yang terpilih di mana kos penyediaan infrastruktur di kawasan perumahan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Komponen infrastruktur yang dibina bagi perumahan berkelompok adalah seperti;

a) Penyediaan jalan dalam kawasan perumahan.
b) Pembinaan Sistem Bekalan Air dan Elektrik.
c) Pembinaan Sistem Perparitan dan Saliran.
d) Pembinaan Menara Tangki Air.
e) Pembinaan Sistem Kumbahan Berpusat (STP).

Rumah BN Generasi Kedua Peserta FELCRA Berhad:

FELCRA Berhad melaksanakan Rumah BN secara berkelompok di atas tanah
Kerajaan di dalam kawasan yang telah diperuntukkan kepada FELCRA Berhad
dan kos penyediaan tapak perumahan serta infrastruktur dibiayai oleh pihak
Kerajaan Persekutuan. Rumah dijual kepada Generasi Kedua FELCRA Berhad
pada harga yang berpatutan.

Rumah BN Generasi Kedua Pekebun Kecil RISDA:

RISDA membina Rumah BN jenis sesebuah di atas tanah individu milik peserta
dan pembinaan rumah diberi insentif oleh pihak Kerajaan Persekutuan.


No comments:

Post a Comment