Semakan ONLINE Wang Tak Dituntut & Proses Bayaran Balik | eGumis 2020 - Khabar Kinabalu

Terkini

Monday 20 January 2020

Semakan ONLINE Wang Tak Dituntut & Proses Bayaran Balik | eGumis 2020

Kini anda tidak perlu lagi berbaris panjang di kaunter untuk menyemak Wang Tak Dituntut (WTD) kerana semakan boleh dilakukan secara atas talian - ONLINE.

APA ITU WANG TAK DITUNTUT (WTD) ?

WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat samada dalam bentuk akaun simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.
Di sisi undang-undang, selepas tempoh tertentu, mana-mana wang yang belum dibayar kepada pemiliknya akan didaftarkan sebagai Wang Tidak Dituntut oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Berikut disenaraikan beberapa kategori bagi WTD:
  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    • dividen;
    • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Contoh:
  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
  1. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
    • akaun pemiutang dagangan
    • akaun penghutang dagangan berbaki kredit
CARA MEMBUAT SEMAKAN ONLINE WANG TAK DITUNTUT

Pautan Aplikasi Semakan :
PORTAL RASMI eGUMIS

A. PENDAFTARAN AKAUN PENGGUNA

1. Setelah mengakses Portal eGumis, sila Klik PENDAFTARAN


2. Sila isi butiran dan maklumat penting dikehendaki, kemudian klik DAFTAR



3. Sahkan pendaftaran anda dengan menekan butang YA


4. Sila maklum. Kata laluan anda akan dihantar melalui emel yang anda berikan

B. LOG MASUK KALI PERTAMA

1. Akses semula Portal eGumis, Klik LOG MASUK

2. Sila masukkan nama pengguna yang anda telah daftar dan kata laluan yang dihantar menerusi emel.


3. Klik LOG MASUK

4. Pengguna hendaklah menukar kata laluan selepas log masuk kali pertama sebelum dibenarkan menggunakan eGumis


5. Setelah mengisi maklumat kata laluan diperlukan, klik SIMPAN


6. Sila kemaskini maklumat lain yang diperlukan. Klik SIMPAN

C. SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT
1. Klik CARIAN WANG TAK DITUNTUT

2. Masukkan No.Kad Pengenalan (MYKAD) dan klik CARI

3. Maklumat akan dipaparkan. Klik CETAK Sekiranya ingin mencetak maklumat tersebut.


Untuk Panduan Lengkap sila baca dan rujuk
: MANUAL PENGGUNA eGUMIS

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Di Kaunter JANM

Anda yang tidak mempunyai akses internet / kemahiran memeriksa online, anda juga boleh membuat semakan di kaunter WTD Jabatan Akauntan Negara (JANM) seluruh negara.

1. Sila ke kaunter JANM pada waktu bekerja / waktu ditetapkan

2. Sila bawa bersama dokumen penting seperti Kad Pengenalan (MyKAD). Semakan untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia juga boleh dilakukan. Sila bawa bersama Sijil Kematian, Sijil Kelahiran, Sijil Perkahwinan dan Surat Sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan si gemulah (yang telah meninggal dunia)

3. Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran

4. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem

5.Status WTD akan diketahui dalam masa yang singkat.

6.Pegawai JANM akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut (sekiranya ada) dan memaklumkan cara membuat tuntutan WTD

7. TIDAK ADA BAYARAN DIKENAKAN UNTUK MENYEMAK WTD

PROSES BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT (WTD)


Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.



Tiada tempoh masa yang ditetapkan. WTD yang diserahkan kepada Pendaftar boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut.Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan kepada Pendaftar.

SILA BACA PANDUAN 

Cara Membuat Permohonan Wang Tak Dituntut - WTD 


MAKLUMAT PENTING
Bagi fasa awal (pertama) 1 Januari 2020 semakan secara online ini, maklumat WTD yang terdapat dalam portal semakan hanya mengandungi rekod wtd yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan diri yang diserahkan oleh syarikat/firma mulai tahun kewangan 2006 sehingga sekarang.

Fasa kedua (1 Februari 2020) semakan ke semua rekod wtd bermula tahun 1977 sehingga sekarang.

i) Tiada had untuk semakan atau tuntutan Wang Tak Dituntut
ii) Boleh dibuat pada bila-bila masa. Tiada tarikh luput
iii) Tiada tuntutan minimum atau maksimum
iv) Waris boleh tuntut WTD untuk bagi pemilik yang telah meninggal dunia
v) Perkhidmatan diberikan PERCUMA
vi) Wang disimpan selamat Kerajaan
vii) Akauntan Negara Malaysia bertindak sebagai pendaftar WTD
viii) TIDAK ADA EJEN LAIN DILANTIK oleh JANM
ix) Tuntutan dibayar tanpa faedah dalam tempoh satu bulan


No comments:

Post a Comment