MOHON BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 500 hingga RM 1000 - Dana Inspirasiku - Terhad Sehingga 31 Januari 2020 - Khabar Kinabalu

Terkini

Friday 17 January 2020

MOHON BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 500 hingga RM 1000 - Dana Inspirasiku - Terhad Sehingga 31 Januari 2020

Kos persekolahan kian meningkat. Syukur, terdapat pihak yang sudi membantu.

Ini berita baik untuk anda! Ibu bapa atau penjaga pelajar Sekolah Rendah dan Menengah serta Pelajar IPT B40 di seluruh negara. Anda kini boleh mohon bantuan Dana Persekolahan khas dari YAPEIM.

Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).



BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN DIBERIKAN?


-Pelajar sekolah Rendah dan Menengah akan menerima bantuan sehingga RM500.00
-Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima bantuan sehingga RM1,000.00
*bergantung kepada kecukupan dana yang dikumpul.

Adakah satu keluarga hanya layak memohon satu permohonan?
Tidak, satu keluarga layak memohon untuk setiap anak yang memenuhi kriteria dan syarat bantuan.

Bagaimanakah bantuan akan disalurkan?
Bantuan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun dan kaedah agihan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan.

Bilakah tarikh tamat tempoh permohonan?
Permohonan akan dibuka secara berfasa selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana. Fasa Pertama untuk Bantuan Pendidikan Sekolah akan ditutup pada 31 Januari 2020. Sebarang permakluman bagi fasa seterusnya dan tarikh tutup Bantuan Pendidikan IPT akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

SYARAT DAN CARA MEMOHON


i) Warganegara Malaysia SAHAJA
   (Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga)
ii) Surat Tawaran Pengajian dari pihak IPT di dalam dan luar negara atau Surat Pengesahan Persekolahan seperti contoh yang dilampirkan bersama Senarai Semak.
iii) Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40 iv) Slip gaji/ pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah.

Anda boleh memohon Bantuan Dana Inspirasiku secara ONLINE di (link di bawah)

PERMOHONAN ONLINE - BANTUAN PENDIDIKAN INSPIRASIKU

Senarai semak dokumen sokongan yang diperlukan.
  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan *(tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung *(tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah *(Permohonan bagi sekolah)
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar *(Permohonan bagi yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi)
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
  9. Satu salinan penyata akaun bank penerima manfaat
Untuk Butiran Lanjut Pemohon SABAHAN

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM),
Seksyen Penyeliaan Sabah Sarawak,
Pusat Pentadbiran YPEIM Negeri Sabah,
 Lot 80, Tingkat 1, Blok I, Lorong P/Permai 5,
Alamesra Sulaman,
 88400 KOTA KINABALU

No.Telefon : 
088 - 313 324

No comments:

Post a Comment