Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 - Khabar Kinabalu

Terkini

Tuesday 21 January 2020

Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Makluman untuk perhatian Pemohon Baru / Penerima Bantuan Sara Hidup BSH 2020. Ini adalah perkongsian terkini mengenai BSH 2020.

Permohonan BSH 2020

  • Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
  • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    1. Elaun Pekerja Cacat
    2. Bantuan Penjagaan OKU
    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    4. Bantuan Orang Tua
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
  1. Permohonan melalui dalam talian
  2. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
  3. Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
  4. Panduan Pengguna Pengisian Borang
  5. Soalan Lazim (FAQ)

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020

Link Permohonan :

 
PERMOHONAN BSH 2020

(sila klik/tekan link di atas untuk membuat permohonan baru)
Nota: Link ini akan dikemaskini setelah tempoh permohonan dibuka bermula 1.2.2020 - 15.3.2020


Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

  • Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
  • Tarikh dan kaedah pembayaran
  1. Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
  2. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
    1. Pengkreditan terus ke akaun; atau
    2. Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020

SEMAKAN ONLINE STATUS BAYARAN BSH 2020 - Fasa 1

Link :

SEMAKAN ONLINE BAYARAN BSH 2020-1

(sila klik/tekan link di atas untuk membuat semakan)


Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • SKK BSH 2020
  1. Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.
  • SKK BSH 2019
  1. Untuk makluman, tarikh akhir tuntutan SKK BSH 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020. Tuntutan boleh dibuat di Cawangan BSN yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment