Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 | Siapa Cepat Dia Dapat - Khabar Kinabalu

Terkini

Friday 17 January 2020

Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 | Siapa Cepat Dia Dapat

Kini impian golongan belia, terutamanya pasangan muda yang baru berkahwin untuk memiliki rumah sendiri boleh menjadi kenyataan !

Anda boleh membeli rumah berharga maksimum RM 500,000 , minimum RM 100,000 di bawah Skim Perumahan Belia BSN MyHome.

Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama. 

Contoh, jika Bayaran Bulanan Rumah RM 1,000 sebulan, anda hanya perlu membayar RM 800 untuk tempoh 2 tahun pertama.

Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan juga akan diberikan.




APAKAH PRODUK SKIM PERUMAHAN BELIA ?

Skim Perumahan Belia adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

BSN menyediakan jumlah pinjaman sebanyak 100% daripada harga pembelian dan tambahan 5% daripada harga pembelian untuk membiayai insurans (MRTA).

Walau bagaimanapun, Skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.

SYARAT DAN CARA MEMOHON SKIM PERUMAHAN BELIA


Untuk memohon hendaklah mematuhi syarat ini :--Warganegara Malaysia
-Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
-Pembeli rumah pertama sahaja

Melengkapkan dokumen seperti berikut,
 Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN 
 Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian 
 Salinan Kad Pengenalan 

>Pemohon Berpendapatan Tetap 
 Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini 
 Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini 
 Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain) 
 Salinan penyata KWSP 
 Surat pengesahan berkerja daripada majikan 
 Borang EA/ EC 

>Pemohon Bekerja Sendiri
 Borang B/BE dan Resit LHDN
 Surat pendaftaran syarikat (SSM)
 Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
 Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

>Pemohon Bersama
 Borang B/BE dan Resit LHDN
 Surat pendaftaran syarikat (SSM)
 Salinan penyata bank 6 bulan terkini
 Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DIMANA-MANA CAWANGAN BSN
UNTUK BUTIRAN DAN PENERANGAN LANJUT SILA BACA

> BSN MY HOME SKIM PERUMAHAN BELIA
> BSN MY HOME SKIM PERUMAHAN BELIA FAQ

No comments:

Post a Comment