Cara Membuat Permohonan Wang Tak Dituntut - WTD - Khabar Kinabalu

Terkini

Monday 20 January 2020

Cara Membuat Permohonan Wang Tak Dituntut - WTD

Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.



  SEBELUM anda membaca lebih lanjut pastikan anda telah menyemak JUMLAH WANG TAK DITUNTUT yang hendak dipohon. Untuk panduan menyemak WTD secara online baca ini.

Semakan ONLINE Wang Tak Dituntut & Proses Bayaran Balik | eGumis 2020


Sekiranya anda telah maklum dan membuat semakan. Berikut merupakan panduan Cara Membuat Permohonan Wang Tak Dituntut - WTD 


1. Sekiranya individu yang ingin membuat permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi jenis Akaun Simpanan/Semasa dan Simpanan Tetap, apakah dokumen yang diperlukan bagi tuntutan tersebut?


Bagi setiap rekod wtd jenis akaun simpanan/akaun semasa dan simpanan tetap sehingga RM2,000
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7  yang lengkap diisi dan ditandatangani
2.  Salinan dokumen pengenalan diri(hadapan dan belakang)
3. Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon daripada portal eGUMIS
4. Surat Pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya nama dan nombor pengenalan empunya tidak sama dengan maklumat pemohon daripada eGUMIS ) 
5. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

    Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan

Bagi setiap rekod wtd jenis akaun simpanan/akaun semasa dan simpanan tetap melebihi RM2,000 dokumen berikut perlu disertakan;
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
2.  Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
3.  Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap daripada portal eGUMIS.
4.  Dokumen asal (Contoh : buku akaun simpanan bank/sijil simpanan tetap) atau.
5. Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya tiada dokumen asal) mengikut format yang ditetapkan.
6 Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun).

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan


Bagi Tuntutan WTD untuk Akaun Bersama (Joint Account):
·    Tuntutan hendaklah dibuat secara bersama oleh semua  pemegang akaun.

·    Salinan akaun bank (simpanan/semasa) aktif bersama / individu kesemua pemegang akaun yang jelas dan lengkap dengan nama  penuh pemegang akaun, nombor akaun bank dan nama bank.


2. Sekiranya individu yang ingin membuat permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi jenis Insurans, Gaji, Dividen, Deposit, Cagaran,Akaun Dagangan, Legasi, dan lain-lain wang yang kena bayar, apakah dokumen yang diperlukan bagi tuntutan tersebut?

1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
2.  Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
3. Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon daripada portal eGUMIS.
4. Surat Pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya nama dan nombor pengenalan empunya tidak sama dengan maklumat pemohon daripada eGUMIS ) 
5. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap     dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus     ke dalam akaun)
      Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
SILA MUAT TURUN (DOWNLOAD BORANG)

i) Borang Permohonan Bayaran Balik WTD [UMA-7 (Pin.1/2015)]  (PDF)

ATAU

ii) 
Borang Permohonan Bayaran Balik WTD [UMA-7 (Pin.1/2015)]  (MS Word)


Di manakah pemohon boleh mengemukakan permohonan yang lengkap? 

Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wang tak dituntut dan dokumen sokongan boleh dikemukakan secara pos (digalakkan secara Pos Berdaftar) atau melalui kaunter di kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan.

SABAH

JANM Negeri Sabah 
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jln Istiadat, Teluk Likas 
Beg Berkunci 2053, 88594 Kota Kinabalu 

JANM Cawangan Keningau 
Tkt 2, Rumah Persekutuan, 
Beg Berkunci No 5, 
89009 Keningau 

JANM Cawangan Sandakan 
Tkt 2, Wisma Persekutuan, 
Beg Berkunci 6, 
90509 Sandakan 

JANM Cawangan Tawau 
Tkt 4, Wisma Persekutuan, 
Jalan Dunlop, Bandar Sabindo, 
91000 Tawau 

LABUAN 

JANM Labuan 
Tingkat 5 Blok 4, 
Jalan Merdeka, 
87016 W.P Labuan

No comments:

Post a Comment