LAHAD DATU : ANAK PUKUL IBU, KETIKA DITEGUR MAKAN MALAM - Khabar Kinabalu

Terkini

Saturday, 25 April 2020

LAHAD DATU : ANAK PUKUL IBU, KETIKA DITEGUR MAKAN MALAM

LAHAD DATU; 25 APRIL 2020 (Sabtu) - Seorang anak telah bertindak memukul ibunya selepas berlaku salah faham ketika sedang makan malam dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Tanjung Paras, Lahad Datu, Selasa lepas.



Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataannya berkata, kesan daripada tindakan ibunya menasihati suspek, suspek telah memukul mangsa di bahagian badan dengan menggunakan tangan.

Hasil siasatan dijalankan, kejadian dipercayai apabila suspek berumur 21 tahun merupakan anak ketiga itu menyatakan ingin makan ikan bilis mentah yang diambilnya bersama cuka dan lada yang baru. Namun, ibu suspek menegurnya dan menyatakan lada baki makan di waktu siang masih boleh dimakan. 

Akibat tidak setuju dengan saranan ibunya, suspek tiba-tiba menghempas ikan bilis yang berada di tangannya serta membuang cuka dan lada yang terletak di lantai.

Ekoran itu, semasa ibunya yang berumur 44 tahun itu menghidangkan makan malam, suspek mengambil makanan dan pergi makan di ruang tamu. 

Mangsa segera mendatangi dan menasihati suspek. Bagaimanapun, suspek yang berang tiba-tiba mengamuk dan bertindak menghempas pinggannya, menengking serta memukul bahagian belakang ibunya sebelum dileraikan oleh anak mangsa yang lain. 

ACP Nasri berkata, setelah keadaan reda, suspek yang dilihat telah tidur di ruang tamu telah bangun kira-kira pukul 11 malam dan pergi ke dapur untuk memasak dan suspek sekali lagi menghempas barangan dapur.

Katanya, mangsa (ibu suspek) yang berdepan situasi itu bimbang akan sebarang kemungkinan telah menghubungi pihak polis. 

Siasatan juga mendapati, pihak Polis dimaklumkan bahawa mangsa tidak menolak kemungkinan suspek berada dalam pengaruh Syabu sehinggakan sanggup memukulnya. 

Polis melalui Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya melakukan tangkapan keatas suspek di Kampung berkenaan dan suspek diserahkan kepada anggota Ronda Corona di Jeti Marin sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu. 

Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994. 

Sumber : BESTAWAUfm

No comments:

Post a comment