PKPD Selama 14 Hari Di Taman Telipok Ria Bermula 27 November - Khabar Kinabalu

Terkini

Wednesday, 25 November 2020

PKPD Selama 14 Hari Di Taman Telipok Ria Bermula 27 November

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu akan berkuat kuasa bermula 27 November sehingga 10 Disember 2020.

"Sidang khas mendengar hari ini mendengar taklimat daripada KKM mengenai situasi di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah.


"Sehingga 22 November 2020, KKM telah melaksanakan 2,609 saringan dan telah merekodkan 253 kes COVID-19. 581 sampel masih tunggu keputusan," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu. 


PKPD itu akan melibatkan sebanyak 3,400 unit rumah dan 18,000 penduduk.

"SOP PKPD adalah sama di tempat lain cuma berbeza di Sabah ialah, walau tak dibenarkan keluar, namun kedai runcit dibenar beroperasi termasuk pasar yang boleh dibuka sebanyak dua kali seminggu," ujarnya lagi.

No comments:

Post a comment