COVID-19 SABAH | 274 Kes Baru , 265 Pesakit Discaj, 2 Kematian - Khabar Kinabalu

Terkini

Thursday 10 December 2020

COVID-19 SABAH | 274 Kes Baru , 265 Pesakit Discaj, 2 Kematian


Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 274 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31,534 kes. 


Dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) di Daerah Keningau dan Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 265 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 28,690 orang. Sejumlah 1,857 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 640 orang di hospital dan 1,217 orang di PKRC. 

Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

✅ Tiada Penambahan zon merah direkodkan.

✅ Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

 Daripada 274 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 116 kes (42.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 14 daerah, 100 kes (36.5%) dari saringan kluster sedia ada, saringan bergejala 36 kes (13.1%), saringan komuniti 12 kes (4.9%), 10 kes (3.6%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,029 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,777 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,806 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 27.28%.

Untuk makluman awal, saringan Covid-19 secara besar besaran telah dibuat di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal hari ini dan semalam. Hasil saringan tersebut dijadualkan diketahui esok dan akan menyumbang kepada pertambahan statistik kes baharu di Daerah Kota Kinabalu.

Maklumat lanjut di https://command.sabah.gov.my


No comments:

Post a Comment