'Sky Train' Bakal Dibina | Dari Putatan - KKIA - 1 Borneo - Khabar Kinabalu

Terkini

Wednesday, 23 December 2020

'Sky Train' Bakal Dibina | Dari Putatan - KKIA - 1 Borneo

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri merancang untuk membina Sky Train bagi menambah baik sistem pengangkutan awam di pusat bandaraya ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pembinaan Sky Train itu akan dibina dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) sehingga ke 1Borneo Hypermall sebagai langkah mengatasi masalah kesesakan jalan raya di pusat bandaraya ini.Menteri Kerja Raya ini berkata, beliau akan memastikan projek ini berjalan lancar dan dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun ini.

Gambar Sekadar Hiasan


Katanya, berkemungkinan Sky Train ini dapat dibina sehingga ke Putatan bagi memastikan tiada kenderaan masuk sehingga ke pusat bandaraya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Kerja Raya mengenai Belanjawan Negeri 2021, di DUN Sabah, hari ini.

– BorneoToday

No comments:

Post a comment