BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0 UNTUK RAKYAT SABAH - Khabar Kinabalu

Terkini

Monday 25 January 2021

BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0 UNTUK RAKYAT SABAH



Adakah anda telah menerima Bantuan Prihatin COVID-19 2020 daripada kerajaan Negeri Sabah pada tahun lalu?

Sila semak jika anda tersenarai untuk menerima bantuan tersebut untuk  
Bantuan Prihatin COVID-19 bagi tahun 2021.

Kerajaan negeri Sabah juga telah mengeluarkan Notis Makluman

Penerima Bantuan Prihatin Covid 19 bagi kategori E-Kasih, yangt iada maklumat akaun bank, diminta untuk menghubungi Pusat Talian KPLB di nombor

088 - 219 980




UNTUK MENYEMAK PERMOHONAN ANDA SILA LAYARI LAMAN WEB DIBERIKAN



Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM128.98 juta untuk diagih menerusi Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 kepada rakyat Sabah yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, bantuan ini akan memberikan manfaat kepada golongan sasar seperti mereka di dalam sektor pertanian, pelancongan, pengangkutan, anak yatim, ibu tunggal, dan OKU.

Walau bagaimanapun, bantuan ini tidak melibatkan permohonan baharu kerana data penerima diambil daripada pelbagai kementerian seperti Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan lain-lain agensi.

Oleh kerana itu, para pemohon perlu menyemak semula status mereka sama ada mereka layak untuk menerima Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 atau sebaliknya.


2 comments:

  1. Saya pribumi asal sabah....rakyat malaysia...adalah sangggattt sedih dukacita dan kecewa.....sekali lg saya mohon maaf......bantuan negeri tada....bntuan kerajaan pusat wowwwww....satu pun tada....entahlhkn......terkesannn ka..atau Allahualamm...yg terbaik adalah dari Allah......terima kasihh wahai pemimpin2 diatas....syarat rakyat mesti ikut....asalammm

    ReplyDelete