29 Positif | Kluster Libat Pusat Tahanan Bimbingan Akhlak Dikesan Di Keningau - Khabar Kinabalu

Terkini

Sunday 5 September 2021

29 Positif | Kluster Libat Pusat Tahanan Bimbingan Akhlak Dikesan Di Keningau


(gambar hiasan)

KOTA KINABALU
 : Satu kluster COVID-19 melibatkan sebuah pusat tahanan bimbingan akhlak di Keningau dikesan dengan 29 kes positif direkodkan hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata Kluster Pagar Sebrang dicetus seorang pegawai penjara berusia 40 tahun di pusat tersebut yang dikesan positif pada 25 Ogos lepas melalui saringan kontak rapat.

“Punca disyaki bagi penularan kluster ini ialah jangkitan ahli keluarga kepada kes indeks yang kemudian menjangkiti rakan sekerja, penghuni penjara di bawah jagaan pegawai itu dan ahli keluarga beliau yang lain,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata turut dikesan hari ini ialah Kluster Koyah di Kinabatangan iaitu kluster tempat kerja di ladang melibatkan 26 kes positif COVID-19 berpunca daripada kes indeks seorang pekerja lelaki berusia 43 tahun yang disahkan positif pada 20 Ogos.

Masidi juga berkata Sabah mencatat 2,136 kes positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 159,421 dan kes sembuh ialah 2,941 orang menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih 127,312 orang manakala 4,831 lagi masih menerima rawatan.
– BERNAMA

1 comment:

  1. We hope our in-depth evaluation and review of the most effective on-line slots sites offered you with enough info to pick out} a top on-line casino for your wants. The casino bonus comes with a rollover of 25x, which is the bottom on our listing of the most effective real money slots sites. Below are a few of the the} questions gamers regularly ask about real money slots 온라인카지노 on-line. This technique provides an up to date version of the positioning and a whole listing of the out there real money slot titles. As for real money slot apps, there are some restrictions on app stores for varieties of|these sort of|most of these} apps, so playing in} on your cell browser is finest option|the finest choice|the best suited choice}. Below are our top three favorite bonuses ought to use|you need to use} to play slots for real money on-line with extra bankroll.

    ReplyDelete