Inanam : Identiti Mangsa Dalam Kereta Myvi Hanyut Dikenal Pasti - Khabar Kinabalu

Terkini

Friday 3 September 2021

Inanam : Identiti Mangsa Dalam Kereta Myvi Hanyut Dikenal Pasti


KOTA KINABALU : Identiti kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras pada petang Jumaat ketika melintas jambatan di Jalan Kionsom Lama sudah dikenal pasti.

Pemandu kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini dan kenderaan mangsa ditemui di kawasan Sungai Dambai, Inanam jam 7.20 pagi Sabtu.

“Pada 6.15 pagi, enam penduduk setempat melakukan operasi pencarian dan selepas hampir sejam berjaya menemui kenderaan mangsa kira-kira 200 meter dari jambatan Kampung Dambai.

“Ketika pasukan bomba melakukan penyelaman, dipercayai terdapat mangsa di dalamnya apabila mereka dapat memegang bahagian bahu dan kepala mangsa,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.


Bagaimanapun, Agustavia berkata, mangsa belum dapat dikeluarkan dan usaha untuk melakukan operasi itu sedang dilakukan.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan sebuah kenderaan didapati melintas sebuah jambatan yang dinaiki air namun hanyut selepas dibawa arus deras. – SINAR

No comments:

Post a Comment