POLIS TUMPAS SINDIKET DADAH TERBESAR DI SABAH, RAMPAS 303.155-KILOGRAM SYABU - Khabar Kinabalu

Terkini

Thursday 9 September 2021

POLIS TUMPAS SINDIKET DADAH TERBESAR DI SABAH, RAMPAS 303.155-KILOGRAM SYABU


TAWAU; 09 SEPTEMBER 2021 (Khamis) – Polis Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan Dadah terbesar di negeri ini, apabila merampas lebih 300-kilogram Dadah jenis Syabu yang dianggarkan bernilai lebih 10-juta ringgit di Kampung Batu Payung Tawau, isnin lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, susulan rampasan itu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 49-tahun yang dikesan memandu kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 7.30-malam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut keatas kenderaan berkenaan, pihaknya berjaya menjumpai lima beg bagasi di bahagian dalam kenderaan dan turut menjumpai tujuh beg bagasi di bahagian belakang kenderaan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat Polis Daerah Tawau.

Hasil pemeriksaan terhadap semua 12-beg bagasi tersebut telah menemui 290-bungkusan warna hijau bertulis 'GUANYINWANG' yang mengandungi plastik lutsinar berisi bahan ketulan hablur jernih yang disyaki Dadah jenis Syabu seberat kira-kira 303.155 kilo-gram yang dianggarkan bernilai 10-juta 914-ribu ringgit.

Tambah Datuk Idris, dadah yang dirampas itu disyaki cuba disuludup masuk ke negara jiran dan mampu menampung seramai 1.5-juta penagih dengan sekali penggunaan.

Tambahnya lagi, susulan rampasan dadah tersebut pihaknya juga turut merampas kenderaan (30-ribu ringgit), wang tunai berjumlah 35-ribu ringgit dan buku akaun maybank (95-ribu 264-ringgit 57-sen ) yang dipercayai milik suspek berjumlah 152-ribu 287-ringgit 57-sen.

Jumlah keseluruhan rampasan bernilai 11-juta 66-ribu 284-ringgit 57-sen.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori.

No comments:

Post a Comment