Semakan dan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tahun 2022 - Khabar Kinabalu

Terkini

Tuesday 2 November 2021

Semakan dan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tahun 2022



SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) DAN KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI BUJANG, KELUARGA / IBU / BAPA TUNGGAL DAN WARGA EMAS

Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Selaras dengan tema, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” bantuan yang diberikan ini akan meliputi isi rumah, warga emas, dan bujang agar semua golongan tidak ketinggalan.

Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.


Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022?  

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2021 (Jumaat).

Dalam pembentangan tersebut, Tengku Zafrul memaklumkan;

“Pada tahun hadapan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.”

“Pembaharuan ini telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat. Oleh itu, untuk tahun 2022, BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan. 

“Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.”



Syarat dan Kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

a) ISI RUMAH

Kahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

b) WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN

Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

c) BUJANG

Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

Had umur adalah 21-59 tahun; dan

Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Jumlah Bayaran Asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Yang Akan Diterima? 

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah adalah berbeza berdasarkan kategori bantuan, pendapatan dan bilangan anak sebagaimana berikut:

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

Bil anak 0 – RM1,000

Bil anak 1-2 – RM1,500

Bil anak 3 ke atas – RM2,000

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

Bil anak 0 – RM1,000

Bil anak 1-2 – RM1,500

Bil anak 3 ke atas – RM2,000

Warga emas bujang / tiada pasangan dengan pendapatan RM5,000 ke bawah akan mendapat RM600.

Bujang dengan pendapatan RM2,500 ke bawah akan mendapat RM350.

 

Tambahan Kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat. 



BKM 2022 Semakan Status

Buat masa sekarang semakan status masih lagi belum dibuka.

Namun anda boleh menyemak status terkini bantuan ini di laman https://bpr.hasil.gov.my/ 

Ini kerana BKM menggunakan data penerima BPR 2021 dan data penerima BKC B40.

KhabarKinabalu akan mengemaskini hebahan semakan status setelah ianya diaktifkan.

 


Cara Permohonan

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tempoh Semakan Status BKM / Kemaskini

Tempoh semakan status BKM belum lagi diumumkan oleh LHDN / Menteri Kewangan.

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.


Tarikh Bayaran

Tarikh pembayaran BKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

Berjaya Kredit

Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit

Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:

 




Sumber:

https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf

Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.


PENAFIAN: Semua yang dikongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

No comments:

Post a Comment