Fakta atau Tipu ? Telur Ikan Beracun Viral Di Media Sosial - Khabar Kinabalu

Terkini

Sunday 29 October 2017

Fakta atau Tipu ? Telur Ikan Beracun Viral Di Media Sosial


Fakta atau Tipu ? Telur Ikan Beracun Viral di media sosial.

Adakah anda ada menerima mesej dan sebaran berkaitan Telur ikan yang dikatakan beracun dan sangat berbahaya kepada pengguna?

Sebagai pengguna, kita pastinya risau dan tidak mahu mendapat sebarang risiko penyakit.

Gambar ikan yang telah dipotong dan dikeluarkan isi perut dan butiran seperti telur ikan yang kononnya beracun itu ditularkan dan hangat dieprkatakan oleh netizen.

Ini adalah fakta dan maklumat lanjut berkaitan kejadian tersebut.

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (DOF) SIASAT TULAR KESAHIHAN TELUR IKAN BERACUN DI MEDIA SOSIAL
1. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mendapati terdapat satu berita yang kini tersebar dalam media sosial mendakwa bahawa terdapat telur ikan beracun yang ditularkan (viral) sejak 26 Oktober 2017 yang lalu.
2. Berdasarkan gambar yang ditularkan (viral) di media sosial, didapati ikan tersebut adalah dari spesis ikan tamban.
3. Bahagian Biosekuriti Perikanan dan Institut Penyelidikan Kesihatan Ikan (NaFISH), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyiasat kesahihan maklumat seperti yang ditularkan ini. NaFISH telah melalui perbincangan awal bersama Jabatan Perikanan Sabah, FRI Bintawa dan unit makmal Biosekuriti negeri-negeri untuk melakukan pra-pemeriksaan sampel ikan di lokasi-lokasi yang mempunyai musim ikan tamban.
4. Sampel ikan tamban/sardin di pasar atau di jeti pendaratan ikan diambil untuk pemeriksaan fizikal (warna dan perubahan bahagian abdomen) seterusnya dibelah bagi tujuan penyelidikan.
5. Unit Biosekuriti Perikanan di setiap negeri juga digerakkan untuk melakukan pemantauan serta mengenal pasti spesis-spesis ikan yang didaratkan.
6. Buat masa ini, hasil dari pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak biosekuriti negeri-negeri dan juga NaFISH mendapati tiada penemuan ikan seperti yang ditularkan (viral) dalam negara.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Jabatan Perikanan Malaysia

No comments:

Post a Comment