TAWARAN TAJAAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH UNTUK KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DI SEMENANJUNG MALAYSIA / SARAWAK BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018 - Khabar Kinabalu

Terkini

Thursday 16 November 2017

TAWARAN TAJAAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH UNTUK KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DI SEMENANJUNG MALAYSIA / SARAWAK BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018


TAWARAN TAJAAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH
UNTUK  KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DI SEMENANJUNG MALAYSIA / SARAWAK
BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang kedua ibu bapanya adalah penduduk asal Negeri Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 (satu) di sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah di bawah Program Biasiswa Sekolah Menengah Semenanjung Malaysia, Program Pertukaran Pelajar Sabah/Sarawak dan Program Penempatan Pelajar Luar Bandar ke Bandar bagi sesi persekolahan 2018.

SYARAT-SYARAT / KELAYAKAN

1. Kemasukan ke Tingkatan 1 (satu) adalah ke sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia/Sarawak/Sabah yang terpilih dan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Pemohon hendaklah mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR tahun 2017

3. Pemohon daripada sekolah luar bandar yang mendapat keputusan 4A dan 2B dengan gred A dalam matapelajaran Sains dan Matematik adalah juga dipelawa untuk mengemukakan permohonan.

SESI TEMUDUGA

Temuduga kepada pemohon yang berminat akan diadakan di semua daerah seperti jadual yang disediakan.

Semasa sesi temuduga pelajar dimestikan untuk membawa dokumen-dokumen seperti yang berikut:

1. Slip keputusan UPSR / Pengesahan keputusan UPSR 2017 dari pihak sekolah
2. Kad Pengenalan dan Surat Beranak Pemohon
3. Kad Pengenalan dan Surat Beranak Ibu Dan Bapa

CARA-CARA MEMOHON
Semua pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah yang boleh didapati daripada :-

Unit Tajaan
Bahagian Pembangunan Pendidikan
Aras 4 & 5, Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Kota Kinabalu
Tel: 088-326300 sambungan 6393,1204,1205

Semua Pejabat Zon Yayasan Sabah:


Pejabat Yayasan Sabah
Zon Pantai Barat Utara

Level 1, Lot 27 & 28
Langkon Commercial Centre
Kota Marudu
Tel: 088-662137


Pejabat Yayasan Sabah
Zon Pedalaman Utara 

Pusat Kraftangan Sabah
Km.5, Jalan Apin-Apin, Keningau
Peti Surat 104
89007 KENINGAU
Tel: 087-312106


Pejabat Yayasan Sabah
Zon Pedalaman Selatan

Blok C, Lot 19
Bangunan Beaufort Jaya
Peti Surat 160
89807 BEAUFORT
TEl: 087-221653


Pejabat Yayasan Sabah
Zon Pantai Timur Utara

Lot 10. Blo kJ
Bandar Ramai-Ramai
Beg Berkunci No.1
90009 SANDAKAN
Tel:089-210580


Pejabat Yayasan Sabah
Zon Pantai Timur Selatan

Tingkat 3, Bangunan UMNO Kalabakan
Peti Surat 820
91008 TAWAU
Tel:089-759805

Borang permohonan ang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Bahagian Pembangunan Pendidikan atau di Pejabat-Pejabat Zon yang berhampiran di alamat seperti di atas sebelum atau pada 27 November 2017 atau pada hari temudug dijalankan (sila rujuk jadual temuduga)

Sampul surat permohonan yang dihantar melalui perkhidmatan pos hendaklah ditulis dengan perkataan PERMOHONAN TAJAAN BIASISWA MENENGAH pada bahagian atas sebelah kiri.

JADUAL TEMUDUGA
Kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas dikehendaki menghadiri temuduga di kawasan masing-masing yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:-
PERINGATAN
1. Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh sebulan selepas tarik htutup permohonan boleh menganggap permohonan mereka tidak berjaya
2. Sila bawa slip keputusan UPSR/ Pengesahan keputusan UPSR 2017 daripada pihak sekolah semasa mendapatkan Borang Permohonan. Borang Permohonan adalah terhad kepada satu set sahaja bagi setiap permohonan
3. Borang Permohonan yang difotostat tidak akan dilayan.

No comments:

Post a Comment