JUMPER START UP PUNB 2020 | Elaun Bulanan RM1,200, Geran RM10,000, Pembiayaan Minimum RM40,000 - Khabar Kinabalu

Terkini

Tuesday 21 January 2020

JUMPER START UP PUNB 2020 | Elaun Bulanan RM1,200, Geran RM10,000, Pembiayaan Minimum RM40,000

Anda mahu memulakan perniagaan? Tapi... kekurangan modal ?

Ini mungkin peluang TERBAIK anda. Sertai program JUMPER PUNB 2020 (Startup) yang telah dibuka untuk permohonan.


Melalui Program JUMPER 'START UP' PUNB 2020 ini, anda berpeluang untuk menerima Elaun Bulanan sebanyak RM 1,200, Geran RM 10,000 dan pembiayaan minimum untuk berniaga bermula RM 40,000.


Pengambilan Siri ke-2 (April 2020) telah dibuka.

Tarikh Tutup Permohonan adalah 27 Januari 2020.


APA ITU JUMPER 'START UP'


Program JUMPER 'Start Up' ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah muda Bumiputera (Perantis) yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Para perantis akan di dedahkan kepada pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat naungan PUNB (mentor).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.

KEISTIMEWAAN PROGRAM JUMPER 'START UP'


  1. Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
  2. Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan
  3. Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
  4. Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 dan pembiayaan minimum sebanyak RM40,000*
Tertakluk kepada terma & syarat

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM JUMPER 'START UP'


  1. Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan.
  2. Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa tarikh pendaftaran.
  3. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi Pengajian yang diiktiraf Kerajaan.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri) dalam apa jua industri.
  5. Sanggup menjalani latihan sepenuh masa


Jika anda berminat serta memenuhi syarat ditetapkan anda boleh mendaftar untuk mengikut program ini.

CARA MENDAFTAR PROGRAM JUMPER 'START UP' PUNB



Proses Permohonan Program JUMPER 'Start Up' PUNB adalah seperti turutan di bawah:
  1. Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
  2. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
  3. Proses penempatan & kelulusan
  4. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
  5. Peserta lapor diri & latihan bermula
Jadi, tunggu apa lagi? Ambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan pengalaman perniagaan yang dicari selama ini. Daftarlah sekarang!

MUAT TURUN

BORANG PENDAFTARAN JUMPER 'START UP'
(sila klik/tekan link borang di atas)

Nota Pengisian Borang:
  1. Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  2. Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
  3. Sila pastikan anda telah membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan.
  4. Sila pastikan salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik tertinggi turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
PERTANYAAN LANJUT
Pertanyaan lanjut sila hubungi:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 - 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel: jumper@punb.com.my

1 comment:

  1. Bolehkah tawaran ini diperpanjangkan, kerana seperti saya, saya hanya tahu tawaran ini melalui wasap dari kawan, itupun dah terlambat. Terimakasih

    ReplyDelete