PERMOHONAN PPR Di ULU PERASAN, KOTA BELUD SABAH - Khabar Kinabalu

Terkini

Wednesday 4 March 2020

PERMOHONAN PPR Di ULU PERASAN, KOTA BELUD SABAH

LATAR BELAKANG

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.


PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).



 PROJEK PPR (DISEWA)

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan(tertakluk kepada perubahan semasa)

Ciri-ciri PPR:

Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

Kemudahan Asas:

Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai Surau/Ruang Solat Gerai Makan/Ruang Niaga Tadika Kemudahan OKU Taman Permainan/Kawasan Lapang Rumah Sampah

Syarat-Syarat Permohonan:

 Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
Pemohon belum memiliki rumah
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara membuat permohonan 


1. DAFTAR AKAUN PEMOHON 


Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan. 


  https://sprn.kpkt.gov.my/user/login 


 PENTING : Pemohon hendaklah mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

2. PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN
  • Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  • Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  • Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password.
Pastikan password yang diisi harus diingat.

3. SILA PILIH SKIM Untuk permohonan PPR DI ULU PERASAN, KOTA BELUD pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA.
Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim PPR DISEWA".


4. MAKLUMAT PEMOHON 


Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.




Pastikan klik satu-persatu dan semak kandungan apabila selesai diisi



Selesai mengisi maklumat permohonan, pergi ke menu seterusnya iaitu PROJEK. 


Setelah klik, pemohon di minta untuk memilih tempat PPR Disewa. 

Dalam permohonan buat masa sekarang yang ada di sabah adalah Kota Kinabalu, Kota belud, Sandakan, dan Labuan.



Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti. 

Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB. 

 7. PENGESAHAN Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.

NOTA PENTING:

SILA PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT DAN BUTIRAN YANG DIBERIKAN ADALAH TEPAT DAN BENAR

No comments:

Post a Comment