MUAT TURUN | DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 , RM 100.00 SEHARI - Khabar Kinabalu

Terkini

Sunday 22 March 2020

MUAT TURUN | DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 , RM 100.00 SEHARI

MUAT TURUN | DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 , RM 100.00 SEHARI

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan Kerajaan terpaksa mengisytiharkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakanm bermula 18hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020 bagi mengekang virus tersebut daripada terus merebak dan mengorbankan lebih banyak nyawa.

Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara, di bawah Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan Bantuan Khas Covid-19 sebanyak RM 100.00 sehari kepada mereka yang layak.

Anda yang layak boleh membuat permohonan Bantuan Khas Covid-19 ini dengan mengikuti panduan yang telah diberikan.



BAGAIMANA UNTUK MEMOHON BANTUAN



Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 | RM 100 sehari ini boleh dimuat turun melalui link dibawah.




Sila pastikan anda telah membaca syarat-syarat permohonan sebelum mengemukakan Borang Permohonan anda. Sila baca sehingga habis artikel ini, panduan, borang PDF disertakan juga di hujung artikel.

Antara Borang dan Lampiran yang perlu dimuat turun, dilengkapkan dan disertakan adalah seperti berikut :-

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
3. Borang Perwakilan Kuasa (Lampiran C)

4. Lain-Lain dokumen jika berkaitan :-
i. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)

ii. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

 I. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan

 b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

II. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah) **
sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.


Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:- 

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri Aras 7,
Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)



sumber sahih : 
http://www.nadma.gov.my/index.html

No comments:

Post a Comment