PROGRAM SIJIL VOKASIONAL PERTANIAN (PENYELIAAN DAN OPERASI PERLADANGAN SAWIT) SESI 2020/2021 - Khabar Kinabalu

Terkini

Thursday 12 March 2020

PROGRAM SIJIL VOKASIONAL PERTANIAN (PENYELIAAN DAN OPERASI PERLADANGAN SAWIT) SESI 2020/2021

PROGRAM SIJIL VOKASIONAL PERTANIAN (PENYELIAAN DAN OPERASI PERLADANGAN SAWIT) SESI 2020/2021


Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Program Sijil Vokasional Pertanian (Penyeliaan dan Operasi Perladangan Sawit) bagi Sesi 2020/2021 di Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu selama satu (1) tahun bermula pada Jun 2020.

SYARAT –SYARAT KELAYAKAN

1. Berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan masih bujang pada tarikh kemasukan.

2. Lulus SPM atau SPM(V) dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:

    a) Lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) dan
    b) Lulus dalam mana-mana dua (2) matapelajaran lain.

3. Keutamaan diberikan kepada pemohon dari luar bandar yang mempunyai latar belakang pertanian.

4. Sihat tubuh badan dan mempunyai fizikal yang sempurna.

5. Berjaya dalam temuduga yang ditentukan oleh Jawatankuasa Panel Pengambilan Pelatih bagi menilai kelayakan mereka untuk mengikuti pengajian di pusat ini.

6. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas sahaja akan dipanggil temuduga.

KEMUDAHAN

1. Tempat tinggal / Asrama dan Makan disediakan.

2. Elaun Bulanan sebanyak RM70.00 sebulan (calon yang layak dikehendaki menyediakan akaun bank atas nama sendiri dan masih aktif).

CARA MEMOHON



1. Pengambilan LANJUTAN atas talian (online) akan dibuka bermula pada 10 MAC 2020 sehingga 10 APRIL 2020 (Jam 05.00 petang).

2. Kepada calon-calon yang berminat, bolehlah memohon dengan mengisi borang secara atas talian (online) di laman sesawang http://latihan.tani.sabah.gov.my dengan memilih Program Sijil Vokasional Pertanian (Penyeliaan dan Operasi Perladangan Sawit).

3. Pemohon yang didapati memberikan maklumat palsu semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian tidak akan dipertimbangkan.

4. Calon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan selepas tiga (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

UNIT PENGAMBILAN PELATIH
No.Tel: 011-6572 8177      No. Faks: 089 880469

Unit Pengambilan Pelatih 
Pusat Latihan Vokasional Pertanian, 
Beg Berkunci No. 10,
 91109 Lahad Datu 
No. Tel: 01165728177 / 089866902 / 089880471
 Faks: 089880469

No comments:

Post a Comment