Pesara, Bekas & Petugas Polis Bakal Terima Bayaran “One-off” RM500 Mulai Mac 2021 - Khabar Kinabalu

Terkini

Wednesday 3 February 2021

Pesara, Bekas & Petugas Polis Bakal Terima Bayaran “One-off” RM500 Mulai Mac 2021

 KUALA LUMPUR: Pesara polis, bekas polis dan petugas polis yang layak akan menerima bayaran ‘one off’ sebanyak RM500 bermula bulan Mac ini.

Menurut Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Dato’ Ramli Bin Haji Din, dalam satu kenyataan media, pengemaskinian maklumat pesara polis, bekas polis dan petugas polis boleh dibuat melalui pautan http://epesara@rmp.gov.my.


“Dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PDRM telah bersetuju dengan pemberian ‘one-off’, diberi kepada mereka yang layak mengikut statut PJPN termasuk mereka yang belum menerima pingat,” katanya.

Pembayaran itu akan dibuat mulai bulan Mac hingga November 2021 secara berperingkat.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan telah bersetuju untuk memberi inisiatif pemberian bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada kategori pesara polis, bekas polis dan petugas polis yang masih hidup iaitu seramai 80 ribu orang.

No comments:

Post a Comment