RANAU | Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang - Rumah Terbakar - Khabar Kinabalu

Terkini

Wednesday 17 February 2021

RANAU | Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang - Rumah Terbakar



RANAU: Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kediaman mereka di Kg. Kigiok, 9 kilometer dari pekan di sini, terlibat dalam satu kebakaran, kira-kira jam 4 petang pada Selasa

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau Ridzuan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima pangilan daripada orang awam menerusi talian MERS 999 pada kira-kira jam 4.02 petang.

Sepasukan terdiri tujuh anggota bomba termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi menggunakan FRT Scania dan sebuah EMRS, tiba di lokasi 10 minit kemudian dan berjaya memadam sepenuhnya kebakaran dalam tempoh  dua jam.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan 80 peratus bangunan rumah separuh kekal itu telah musnah terbakar, sementara punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

POLIS RANAU ZIARAH MANGSA KEBAKARAN


Pada 17 Feb. 2021 @ 1030 hrs, satu lawatan keperihatinan mengejut telah dilaksanakan oleh DSP Sammy Newton, Ketua Polis Daerah Ranau bersama ASP Christopher Vincent, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Ranau ke kediaman Encik Awang Shari bin Jumat di Kampung Kigiok yang terlibat di dalam kejadian kebakaran rumahnya pada 16 Feb. 2021 @ 1600 hrs kelmarin. Mangsa kebakaran rumah ini adalah merupakan seorang pengusaha kantin IPD Ranau. Keperihatinan lawatan yang dijalankan ini adalah untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban, berkongsi kesusahan yang dialami dan menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan akibat kebakaran ini.


Seluruh warga kerja dan keluarga IPD Ranau mengharapkan agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini dan mendoakan agar segala urusan yang berkaitan dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment