PRU15 : Kerusi Tumpuan- Satu Lawan Satu di Kinabatangan - Khabar Kinabalu

Terkini

Saturday 5 November 2022

PRU15 : Kerusi Tumpuan- Satu Lawan Satu di Kinabatangan


KINABATANGAN : Bung Moktar Radin yang mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dicabar calon Warisan Mazliwati Abdul Malek.

Bung Moktar, 63, adalah wakil rakyat Kinabatangan sejak 1999.

Beliau juga kini ahli Dewan Undangan Negeri Lamag yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada September 2020, serta memegang jawatan timbalan ketua menteri.

Mazliwati, 49, seorang peguam dan juga aktivis MA63.

Dilaporkan bahawa, Warisan telah mengumumkan pencalonan Ismail Ayub untuk kerusi Kinabatangan, namun disebabkan oleh kesilapan teknikal Warisan telah memilih Mazliwati sebagai pencabar kepada Bung Moktar Radin.

Pada PRU14, Bung Moktar meraih 67% undi untuk menang dengan majoriti 9,478 undi mengalahkan calon Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah.

Pada setiap pilihan raya umum, Bung berjaya mendapat jumlah undi antara 65 hingga 69% daripada keseluruhan undi. 

No comments:

Post a Comment